Pages

Khamis, 30 Jun 2011

Gulai Menantu #1

"Mak nak kau kahwin".
"Kahwin?Haa..kebetulan saya dah ada calon...cuma takut je nak bagitahu mak".
"Aku ada calon sendiri".
"Apa?!".
"Ya!Mak dah ada calon pilihan mak sendiri!".
"Tapi, mak...."
"Tak ada tapi-tapi...kau tak payah buat apa-apa..kau cuma kena jawab nikah dengan duduk atas pelamin je..paham!"
"Tapi...mak...."
"Fakhrul!Dengar cakap mak!Kahwin dengan budak tu!"
"Tapi siapa mak?Saya tak nak kahwin dengan orang yang saya tak kenal!"
Puan Maimunah memusing kepala,matanya tertumpu ke arah pintu dapur...Fakhrul menuruti perbuatan ibunya...
Tiba-tiba, keluar seorang wanita lingkungan 20an,badannya gempal,berkaca mata besar,berpendakap gigi yang kelihatannya agak jongang,tidak bergaya,rambutnya diikat tocang dua,dengan baju dressnya dan skirt labuhnya...tersengih-sengih seperti kerang busuk menampakkan gigi jarangnya,lalu mendekati Puan Maimunah.
"Haa...ni lah bakal menantu aku!"
"HAH!MAK!!!!TAK NAK!!!TAK NAK!!!TAK NAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
Fakhrul tersedar!
Astaghfirullahalazim....Fakhrul menggosok-gosok matanya yang terpisat-pisat itu.Nasib baik cuma MIMPI!
Fakhrul  mengucap panjang.Seram benar mimpi tadi!Ya Allah,janganlah betul-betul berlaku!Dia tak nak dengan perempuan yang bernama Halimah itu,walaupun dia tahu emaknya,Puan Maimunah agak berminat untuk menjadikan Halimah sebagai menantu.Tapi dia tak nak!Tak nak dengan perempuan mata empat itu.Sudahlah tak pandai bergaya.Luak matanya memandang,tak ada nafsu langsung!Fakhrul mengomel di dalam hati.Ditekup-tekup mukanya yang  berpeluh akibat menjerit-jerit ketika sedang bermimpi tadi.Sesekali nafasnya turun naik.Dipeluk-peluk bantal peluk yang setia disebelahnya setiap malam di atas katil itu.Gusar,perkara seperti di dalam mimpi itu akan berlaku!
Pintu bilik si teruna berusia 26 tahun itu dikuak tiba-tiba.Fakhrul menggelabah lagi,tup-tup pintu terbuka.Puan Maimunah muncul di muka pintu sambil memandang tepat ke arah Fakhrul.Wanita berusia 54 tahun itu berjalan pantas menuju ke arah anak terunanya.Pandangannya seperti hairan akan sesuatu.
"Kenapa kau terjerit-jerit tadi,Rul?Macam nampak hantu je.Mak yang kat tingkat bawah tu pun boleh dengar tau!"
Fulamak..betul lah sangkaannya tadi,dia menjerit,haha....menilai dari gaya mimpinya sahaja sudah cukup membuktikan yang dia sebenarnya tidak ada feel langsung terhadap Halimah,wanita yang amat dikenan sangat oleh hati emaknya,Puan Maimunah itu.Entah apa yang special sangat pasal si Halimah itu sampai berkenan Puan Maimunah?
"Eh..yeke?Hehe..mimpi aje mak..."
"Hissyy..budak ni!Ingatkan apa tadi.Apa nak jadi lah dengan kau ni?Kau tengok luar tu,dah terang dah!Mana tak mimpi bukan-bukan!Ngomel Puan Maimunah geram.
"Hah!Ya Allah!"Fakhrul menepuk dahi.Dah siang rupanya,tapi macam ada sesuatu yang tertinggallah.
"Kenapa kau ni?"
"Rul tak sembahyang Subuh lagi!Melompat Fakhrul dari katil.Ya Allah,macam mana boleh terlajak ni?Nampaknya bersubuh gajahlah dia hari ini.

***.............*******.............*****.............***********
teeettt....alamak..penulis dah pening2 lah....nampaknya xdapat diteruskan menulis lagi...Sambungan dilain kali yeee.....huhuhu.....mintak ampuuunnnnn....

Perasaan apa ni???

Perasaan??Apakah jenis perasaan tu??Cinta?Sayang?Rindu?ehhh....ada ke perasaan tu utk aku rasai...huhu.....yg aku rasa sekarang,macam bermacam2 jenis penyakit dah mula bermaharajala di seluruh ruang badan aku tanpa aku mengalu2kan kedatangan mereka semua.....hehe..mana ada org mengalu2kan kedatangan penyakit....agaknya penyakit tu sengaja menjengah....saja nak tahu...apa khabar kah diri kita....masihkah kita menjaga kesihatan diri kita.....

Dah 2 hari,aku rasa sesak nafas...sakit kepala....pening2 lalat.....kenapa ekk??aku sendiri xpasti la.....nk kena g check doktor ke haaa??perlu ke??harus ke??kalau xpegi,xpe kan....hehe...mmg la xpe,tapi aku xkan tahu la apakah jenis2 penyakit yg berani menonjolkan diri tu.....huhu....ehh,nanti2 la aku g jumpa doktor....agaknya doktor pun xnak jumpa aku kot....hehehe....

Semalam aku timbang berat badan...alamak!!!da naik semula...OMD!!!camne boleh jdik cmni...baru pekena GCB ngan kepsi je...ehh...ada lagi...pizza...hehe....xkan nk kne mkn roti je...huhu....."nak seribu daya,xnak seribu dalih".....nasib baik aku still ingat kata2 tersebut......aku masih mampu kawal lg...haha....

Pape pun,aku akan pastikan berat badan aku turun semula.....akan aku usahakan sebaik mungkin...hehe...pada bos aku,jgn la beli nasik lemak lg.....dan kepada group aku tu,len kali bwk la koko crunch ke,cornflakes ke,susu ke...sehat ckit badan kita ni....hehe......

Rabu, 29 Jun 2011

Ada cinta dihati mereka...(^__^)

Semalam di pasaraya. Tempat sesak, ramai sekali manusia berpusu-pusu di dalamnya. Masing-masing ada tujuan dan destinasi tersendiri. Ada yang berseorangan. Lebih ramai yang datang berpasangan. Kebanyakan daripada mereka datang berkumpulan, dengan keluarga atau teman-teman.

Mata aku asyik memerhati gelagat dan telatah orang-orang yang lalu lalang. Aku selalu begitu, aku suka memerhati. Bukan untuk mengintai aib orang tetapi aku suka melihat gelagat manusia, terutama di tempat ramai dan terbuka. Cuba menilai dan mengambil pengajaran.

Tersenyum aku melihat babak yang cukup menyentuh hatiku. Troli masih ditolaknya. Namun kakiku memperlahankan langkah. Sementara rakanku masih ralit memilih roti untuk dibeli. Aku pula asyik memerhati pasangan yang sedang berjalan melintasi aku dari kiri.

Pasangan datuk dan nenek berjalan berpimpingan tangan, bersenda mesra. Ada bahagia pada wajah dan gerak geri mereka. 'Bahagia yang semulajadi', aku dengar suara hatiku menyakinkan. Bahagia yang bukan dibuat-buat, bahagia yang tulus dari cerminan hati keduanya.

Entah apa usikan datuk itu sehingga kedengaran tawa si nenek yang masih erat tangannya dalam genggaman. Perlahan tawa si nenek, tapi cukup membangkitkan rasa bahagia untuk mereka dan aku yang sedang 'mengintip' mereka. Ada CINTA di hati mereka. Mereka berlalu pergi. Tangan keduanya masih erat dalam genggaman. Mereka tersenyum, dan aku juga turut tersenyum. Semoga mereka terus berCINTA hingga ke syurga.

Melepaskan pandangan daripada pasangan romantik yang telah berlalu pergi, aku dikejutkan pula dengan tangisan kuat seorang kanak-kanak lelaki yang berusia dalam lingkungan lima tahun tidak jauh dari tempat aku berdiri. Anak kecil itu berlari lalu memeluk kaki seorang lelaki yang sedang berdiri berdekatannya, betul-betul di hadapannya.
 
Dalam esakan si anak bercerita, rupanya lelaki yang dipeluknya adalah si ayah. "Tadi terjatuh, sakit", cerita si anak dalam sedu sedan. Lalu si ayah tunduk memeluk anaknya dalam dakapan, ditepuk mesra belakang si anak, memujuk. Anak kecil itu kelihatan tenang dalam pelukan ayahnya, lalu esak tangis mengendur, perlahan. Ada CINTA di hati si ayah.

Lenguh berdiri, aku menyorong troli ke food court. Lalu aku duduk, kakiku agak lenguh kepenatan. Bertentangan dengan mejaku, sebuah keluarga sedang asyik menjamu selera. Mataku tertancap pada si kecil, perempuan berusia sekitar lima tahun, bertudung litup. Comel! Tapi wajahnya tidak kelihatan jelas, kerana si kecil menundukkan muka ke meja.

Aku perhatikan pula si kakak yang berada di sebelah adiknya, tidak jauh beza umurnya yang juga bertudung litup. Si kakak membisikkan sesuatu kepada adiknya sambil menunjuk makanan yang terhidang. Rupa-rupanya si adik sedang merajuk dan si kakak pula sedang memujuk. Sesekali si kakak berbisik lagi sambil menepuk lembut bahu si adik, memujuk tanpa putus asa. Ada CINTA di hati anak itu.

Subhanallah, indahnya CINTA. Ia ada di mana-mana. Cinta punyai kuasa yang cukup hebat, dahsyat. Cinta suami pada isteri, cinta ayah ibu kepada anak, cinta kakak kepada adik, cinta sahabat kepada sahabatnya. Banyak, luas, kaya sungguh manusia dengan cinta.

Selasa, 28 Jun 2011

Lain org,lain caranya...

Manusia diciptakan sama sahaja....sifatnya....cuma yg membezakannya...ada segelintir tidak memiliki nasib yg sama...dilahirkan tidak cukup sifat.....itu hanya dugaan kecil dr Penciptanya......
Lain org,lain cara...apa yg aku nk ceritakan disini,bukan lah nasib mereka.....tp perasaan....sedangkan mereka diuji dengan ujian yg hebat pun masih mampu tersenyum...inikan pula kita yg cukup sifatnya....tetapi tidak dpt mengawal perasaan lalu mengambil jln yg mudah utk lari dr setiap masalah....ada sanggup meragut nyawa sendiri...Tidak terasa bodohkah perbuatan itu??termenung sana...mengelamun sendiri...Aku akui..aku jua insan yg lemah pd perasaan aku sendiri..aku pernah diuji begitu....kdg2,aku tak dapat mengawal perasaan aku..kdg2 aku kalah dgn perasaan aku....tapi tidaklah aku sanggup menyakitkan diri aku sendiri...aku masih sygkan nyawa aku...dan segala yg Allah berikan pd aku....

Kadang2,teramat berat utk meluahkan perasaan.Sebab itu lah,manusia masih boleh berfikir....bagaimana utk meluahkan segala yg terbuku dlm hati....mungkin dengan cara menyanyi....mungkin dengan cara bersajak atau berpuisi....atau yg paling kreatif...menghasilkan sebuah video yg dihiasi dengan ayat2 madah....mungkin org lain akn merasakan.."eee...apesal jiwang sgt ni"....atau..."ehh.....ko pehal nyanyi lagu semuanya sedih2".....mereka tidak tahu....betapa peritnya derita yg sedang ditanggung tu...mereka hanya tahu......komplen....bg pendapat yg tah pape aku rasakan......sebagai seorang kwn, mereka patut tahu bila kawannya berubah tingkah laku...dr ceria tiba2 menjadi seorang pendiam...dr kasar tiba2 menjadi seorang yg sgt sensitif......

Ya...lain orang,lain caranya....cara aku berbeza dgn org lain....aku lebih pandai memendam dr berterus terang...aku akn berterus terang bila aku rasa aku xmampu nk tanggung....tp mungkin cara aku tak disenangi oleh org lain...tp,itu adalah aku.....tak kira lah berjuta2 nasihat diberikan sekalipun,aku tetap dgn diri aku.....walaupun aku begini,jgn lah menghukum aku dgn sesuatu yg aku sendiri belum mampu utk menanggungnya......

Jumaat, 24 Jun 2011

Cerita yg entah ape2.....hehehe

Peperiksaan SPM akan menjelang tak lama lg.Semua pelajar2 tingkatan 5 bertungkus lumus mempersiapkan diri dan segala2 nota utk diingati.Tuisyen sana sini....petang dan malam.....masing2 study lebih masa....overtime gitu la....cam org keje gak....overtime utk dapatkan hasil yg lebih...Tidak terkecuali Wani(bukan nama sebenar)...Wani pun overtime gak...dengan kawan2...buat study group..(bahaya ni.......study sambil bergosip..hehehe)........
Sebulan telah berlalu.....kini tiba lah bulan peperiksaan.Masing2 menjawab dengan tekun dan berhati....tanda "dilarang meniru" xde laa.....maknanya boleh meniru la ni ye....hehehe...alaa...gurau jela...xpasal2 xboleh amik exam....huhu....Wani??jawab jela yg mane dia taw...heh...heh...heh.....mase sekolah rendah dulu...kne duduk dlm kelas walaupun da abes jawab soklan...tp sekarang xpe....da abes jawab boleh chow ngan gumbira...huhuhu.....Dan..sebulan pun telah berlalu.....maknanya sudah tamat penat lelah dieorang selama setahun ni.....dan jgn lupa, akan tiba lah jua waktu perpisahan antara kengkawan dieorang....huhu..part ni sedih la jugak kan.....bknnye xboleh jumpe pun...huhu....Wani??sedih jugak la...sebab mase tu dia ade pakwe.....sama tingkatan gak...tp kelas lain2.....Pakwe Wani namanya Azrul......Azrul memaklumkan pd Wani bahawa dia akan ke Kuala Lumpur...keje kt sana.....Wani dgn rasa berat hati,terpaksa membenarkan Azrul pegi...yela kan...xkan nk halang pulak...dieorang tu takat pakwe makwe je....huhu....Masa tu,masing2 xguna hp....sekarang ni da ada mcm2 jenis hp da....pilih dan bayar je....Selama pemergian Azrul, dia hanya call Wani sekali dua je...tu pun call kt umah Wani jela....Lepas tu,da xde call...Wani pun kecewa dengan sikap Azrul yg telah melupakan Wani....
Sehingga lah tiba waktu nya....keputusan SPM telah keluar.....Masing2 pun pergi la sekolah...jumpa kengkawan masing2....sgt seronok.....Tiba-tiba, Wani nampak Azrul....tp Wani buat2 tak nampak je..."padan muka Azrul"....bisik Wani dlm hati.....Azrul pun nampak macam takut2 je nk tegur Wani...Lantas, Azrul membiarkan Wani dengan kengkawannya.Azrul pulang ke rumah dengan hati yg pasrah.Wani??hati Wani keras....bila Azrul xtegur,Wani pun xtegur laa...masing2 buat xtahu....Sekarang, dua-dua melepas....masing2 bawak diri....Azrul entah ke mana...Wani sambung belajar......
Setelah sekian lama, masing2 da ada hala tuju masing2...akhirnya mereka di pertemukan di dalam satu laman sosial...iaitu pesbuk....hehe....sekarang da moden maaa...macam2 ada...Masing2 terima dengan hati yg terbuka...xde perasaan dendam pun dlm hati masing2...bagus la tu...Alhamdulillah.....dan mereka terus berkawan sampai la sekarang...hehe

**pesanan penaja : aku nk wat cite sedih sebenarnya...tp memandangkan aku xde experience,aku wat la cite yg tah pape ni...biasa lah,permulaan selalunya camni laa....cuma aku nk tanya korang..apa yg korang pikir masa korang baca cite.....adakah korang pikir salah seorang dr dieorang tu,akan meninggalkan dunia ni??atau sorang hilang ingatan ke??......ataupun...apa2 je....ce cite...ce cite....hehehe

~~Terasa sangat mengantuk~~

Alahai...kenapa lah ngantuk sgt ni....huhu...adakah kerana aku pekena nasik tomata lunch td??aku rasa macam xde kena mengena je...hehe....yelah...sebab semalam pun aku mkn nasik gak.....ngantuk gak...huhu...agaknye sebab aku mkn nasik kot....aku da lama xmkn nasik waktu tgh ari ni.....diet??ehh...bukan diet laa.....nk bg menten je...sebab penat woo nk turunkan berat badan ni....kalau nk naekkan berat badan mmg la tersangat senang...korang cekik je apa yg korang suka....kepsi ke(feberet aku tu...hehe).....xpun mekdi ke....piza ke....haaa...kompem la naek nanti....ngan lemak nye...ngan kalorinye....jaga2 taw....benda tu semua membahayakan kesihatan.....hehe....
Hmmmm...aku ngah pikir ni...ape yg aku nk buat utk menghilangkan rasa mengantuk??nk wat keje....mana ada keje (walaupun sebenarnya ada...hehe).....bese la....da nk cuti hujung minggu ni..mood cuti sampai lebih awal sehari.....hahaha....bos plak xde....(tanduk kuar suda)....hahaha....nak balik umah??awal lg ni....walaupun bos xde,aku xpernah la amik kesempatan balik awal taw...(caye ke??heh...heh...heh...).....kadang2 je taw...hahahaha......xkan la aku nk menari ngan melompat sengsorang kt tmpt aku ni...kena ada geng...baru la lebih bermakna.....hahaha...menyanyi??nanti sumbang lak.....aku mls la nk sumbangkan suara aku ni....cukup2 la aku sumbang kt pusat karoke....hehehe.....pikir punye pikir...pikir....pikir....pikir...dan terus pikir....yesss.....aku da dpt idea....care utk hilangkan ngantuk aku ni ialaaahhhhh.....tulis blog ni laa.....haha...sambil dgr lagu....heh....heh....heh....alaaa....xsuspen ke??buat2 jela suspen...plisss...sekali ni je.....hikhik....xpe2....nanti aku buat lg suspen ekk.....
peace yoo...hehehe

adoii.....ape la lembap sgt??huhu

Oii....sape lembap?suke suki je ckp org lembap ekk.....kena saman kang...ngeh3....apa ni??aku ade tulis nama org lain ke??xde kan...xde kan...haa...yg nak tuduh2 aku bagai tu...bakpe nyeee.....aku cume nk bgtaw,yg lembap tu adalah aku sendiri laaa...yg nk terasa hati ni nape....hish..hish..hish.....nak taw pasal apa aku menggelarkan diri aku begitu.....sebabnye kan....aku kan.....baru je taw....camne nk tgk statistik aku...hahaha...kelakar kan??camne la aku xbley ade perasaan sebegitu sebelum ni...adoyai......sgt sedih.....baru la aku taw...ade gak org view pages aku dan membaca cerite2 aku yg tah pape tuh...sebenarnya,aku belum buat betul2 lg ni.....ade sebab nape aku xteruskan mem'blog' ngan lebih ligat...biarlah aku sorang je yg taw....heh...heh...heh...cam misteri je aku rasekan.....huhu....
Walau ape pun...thanks la kepada sesiapa yg sudi menyinggah kt umah dunia maya aku yg pertama ni.....aku akan lebih sayangkan umah ni pd masa akan dtg....hehehe.......

tErkEnAng.....

Mula2 aku dengar lagu ni,aku xpaham...nape org tu tujukan lagu ni utk aku....tetapi,lepas aku menghayati dan memahami liriknya,baru la aku paham...dia cuma nk aku taw yg kehadirannya hanyalah utk menyinari kembali hidup aku yg sudah suram......


Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Mungkin aku yang tak memahami sepenuhnya........sedangkan dia dah buat yg terbaik...hati ni,terlalu keras utk menerima segala yg tidak aku inginkan....aku tak dapat apa yg aku inginkan dari dia...mungkin aku dan dia xpatut hidup bersama.....aku rela biarkan dia pergi...kerana,aku xmahu dia bersedih hati hanya kerana aku......dan kini...aku cuba meredhakan segala-galanya...

**Terima kasih kerana pernah singgah di dalam hidup saya....saya hanya dapat mendoakan kebahagian awak disamping dengan org2 yg tersayang dan tercinta**

 

Khamis, 23 Jun 2011

hanya permulaan

Alhamdulillah...aku sedang membaikpulih blog kesayangan aku ni........langkah pertama dan kedua aku da dah berjaya realisasikan....dimana aku dpt semua maklumat ni??hmmm...aku dpt dr google.....tp semuanya ambil masa lambat ckit laa...sebab nk kena baca satu2.....nk kena fahamkan.....kdg2 aku xfaham gak apa yg ditulis dan apa yg disuruh......tu pasal,kena buat slow2 utk dapatkan hasil yg memuaskan.....

**iklan**

"dengan google,anda dapat semua maklumat yg anda inginkan....hanya layari http://www.google.com/"

hehehe.....ada iklan la plak..tp betul la apa yg aku katakan tu......hanya itu je yg aku mampu buat masa ni......selebihnya,akan dilakukan bila aku ada masa laa...skang waktu keje....hehehe.....okey...chow

Rabu, 22 Jun 2011

Sangat tak adil taw tak???

Aikk??xabes lg ke isu pg td??huhu...belum abes lg...sebab aku asyik duk terpikir je....dan bg aku,keputusan yg dibuat tu sgt2 tidak adil....sgt2 berat sebelah bg aku......aduh..apa la yg aku merepek2 ni.....hehehe...aku xboleh nk luahkan....sebab tu aku hanya mampu merepek2 dlm blog kesayangan aku ni...aku xharap pun org tu baca.......tp sekurang2 nya aku dpt rilekkan minda ni jap.....
Aku xpaham...nape mesti keputusan tu dibuat secara kejam...apa die xpikir ke impak pd org yg terkena tu??die senang la.....sebab bg die,keputusan tu da cukup adil bg die...tu bg die,bukan bg aku......bukan bg sesiapa pun kalau org laen yg terkena.....aku sgt xsenang hati betul laa....huhuhu.....cmne la nk tenangkan hati ni...nk kena watpe ekk??wat bodo??lg la aku tensen....nk jenjalan???letih laaa....hmmm...kena pikir jap...pikir....pikir....pikir....hah...da taw da...aku kena tido......yess...cara paling mujarab sekali....tido laa....lalalalala.....

apa yg aku rasa SEKARANG.....5 minit yg lalu

apa yg aku rasa sekarang ekk??aku rasa sgt marah....sakit hati...bengang....sgt2 sakit hati...ini tak adil.....tak sama....semuanya berbeza.....cehh...apa yg aku mengarut ni???hehe...aku sebenarnya nk marah kt seseorang....tp aku rasa xpatut la nk marah2 kt org ni....nnti aku gak yg sakit hati.....org tu lak yg terasa ati...xpe...demi menjaga PERASAAN aku sendiri...aku tulis jela dlm blog....so,lega la ckit perasaan aku yg tengah hot ni....hehehe.....
Time2 camni la...aku dpt meng'improve'kan lg mutu menaip aku......sebab nye aku dpt menaip ngan cepat dan mcm2 yg aku nak taip.....tgh marah la katakan....hehe....sesungguhnya aku tersangat la bengang...bengang dan bengang.....bengang tahap cipan da ni....adoyaiiiiiii.......tp apa aku boleh buat....cuba memahami keadaan dgn sebaik2nya....tp...mampukah aku???aku bkn la sekuat mana pun....hehe....okey la...aku da rasa lega ckit da ni...nk chow dlu bebeh...Assalamualaikum......

Selasa, 21 Jun 2011

Kembali ber'blog'

Assalamualaikum....hai all...hehe
Aku rase..cam da lama sgt aku x login kt http://www.blogger.com/ ni....pasalnya....aku balek kmpg last week...ada kenduri kat umah aku...kenduri akikah anak sedara aku...Irfan namanya...so,bizi ckit la dan jugak letih...cam aku lak yg wat kenduri tu....hehe...
Then,semalam aku rasa xlarat nk write down pape....dan otak pun membeku masa tu....hehehe...so,ari ni aku dah login...cuma aku tengah pikir,apa aku nak tulis ekk....terasa cam blur je rasanya.....hehehe....tp xpe...still ada masa...aku bukan nk masuk pertandingan pun....aku menulis just utk luahkan apa yg aku rasa...apa yg aku buat je...memandangkan aku xreti nk explain secara realiti, aku kena la buat secara maya...sama ada org ada follow atau tak,aku belum kisah lg....mungkin suatu hari nnti aku akan kisah kot....hehehe....

Rabu, 15 Jun 2011

Jangan jadikan ia satu isu yg besar..........

Tengah merajuk ke tu?Tengah marah?Merajuk pasal ape?Marah pasal ape?hah......psl suami lupe nk beli susu anak?psl boyfren lupe nak call mlm td?alaaahhh....kenapa smpai nk merajuk....cuba fikir dr sudut positif...mungkin sang suami ade keje urgent mlm td....ataupun boyfren kena overtime mlm td.....yela...mane nak kumpul duit lg...nk masuk minang korang lg....da la hantaran kemain tinggi...so,kena la paham situasi dieorang....tu pun nk merajuk ke....tu pun nak marah ke....cuba la tanya elok2.....dah tanya tp xpercaya??korang rasa sangsi??tak pe....kan ade org cakap...org yg menipu ni xselama nya akan menipu....paham tak maksudnya??maksudnya....Allah akan tolong kita....meleraikan segala pertanyaan yg seringkali bermain2 dlm fikiran kita ni.....jadi, ape yg korang perlu buat??layan je mcm boyfren or suami korang cam biasa...dan byk2 kan berdoa semoga ditunjukkan petunjuk......dan banyak2kan bersabar.....then,selesaikan dengan cara yg paling baik...xperlu maki2....marah2.....tu akan buat kita makin sakit hati je kan.....

Selasa, 14 Jun 2011

kEmPen 'tHe nO pHoNe zOnE'

Kempen 'THE NO PHONE ZONE' pada asalnya diperkenalkan oleh Oprah Winfrey pada awal 2010 semasa rancangan temu bualnya. Semenjak itu, secara global, atas 400,000 individu dunia, termasuk selebriti-selebriti telah menghubungi kempen ini menggalakkan dan meletakkan satu penghentian menghantar pesanan ringkas dan bercakap di telefon semasa memandu.
Kempen 'No Phone Zone' di HELP University College akan dijalankan dari 21hb Mac 2011 untuk 25hb Mac 2011. Kempen bertujuan untuk mendidik orang awam tentang bahaya menggunakan telefon-telefon mudah alih semasa memandu. Permainan, pameran-pameran, perbincangan dan aktiviti-aktiviti lain akan menjelaskan ideal kempen lebih jelas.
Mari tonton video ni sama-sama. Luangkan hanya sedikit masa utk menyelamatkan beribu2 nyawa.
Ada lagi utk tontonan kita semua..........
Berhati-hati lah semasa memandu. Walaupun sy dah pernah pegang stereng kereta dan dah pernah drive kereta pusing2 kampung, sy masih belum berani nak drive kat jalan raya. Tengok je la video, yg tak drive pun dpt nasib yg sama dengan org yg drive. Prihatin lag sikit dengan keadaan sekeliling anda. Kalau anda xsayang nyawa anda sekali pun, hormatilah org yg menyayangi nyawa mereka.

Isnin, 13 Jun 2011

iBu dAn AyAh

Sedang aku menjelajah,membelek2 apa yang patut...tiba2 aku teringat...ibu dan ayah ku....
Masa sekolah dulu, pasti akan sesi motivasi ni....sesi muhasabah diri....masa tu degil....menangis tu mmg menangis....insaf tu...seperti angin lalu je...datang dan pergi....tiada kesedaran diri.....apa yg mereka inginkan..aku anggap seperti permintaan yg tak masuk akal...tapi, tidak sedarkah kita..ibu dan ayah kita tahu apa yg terbaik utk anak2 mereka....jangan kita menyesal dikemudian hari...selagi ibu dan ayah kita masih ada,bantulah...sayangilah mereka sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi kita....sejak kita kecil sehingga la kita dah besar panjang ni....even dah berumahtangga pun....tanpa mereka, kita tiada di dunia ni...kita xberpeluang menikmati kehidupan di dunia ni....jadi lah anak yg sebaik2nya.....


Ibu,
Ingin saat ini ku kucup dahimu,
Ingin rasanya aku peluk erat tubuhmu,
Mengalirkan air mata dalam pelukanmu,
Pelukan yang dapat menenangkan hati ini.

Ayah,
Aku rindu cium tanganmu,
Tangan yang berhempas pulas mencari rezeki,
Aku rindu kata-katamu,
Kata-kata yang jarang kau ucap namun dapat menaikkan semula diriku.

Ibu, Ayah,
Aku rindu menatap wajahmu,
Aku rindu masakanmu,
Aku rindu nasihatmu,
Aku rindu gelak tawamu.

Ibu,
Maafkan aku ketika aku malas membantumu,
Maafkan aku ketika aku merisaukan hatimu,
Maafkan aku ketika aku bukan anak yang baik,
Kerana sungguh, aku berusaha menjadi yang terbaik.

Ayah,
Maafkan aku ketika aku bermasam muka,
Maafkan aku ketika muncungku panjang sedepa,
Maafkan aku ketika aku mengecewakanmu,
Kerana sungguh, aku masih mencari makna anak yang baik.

Terima kasih cintaku, ibu dan ayah,
Aku bangga jadi anak kalian.


Mak dan ayah aku.....i love both of you

5 senaman utk kecilkan paha comel anda!!!!

okey...utk wanita2 yg seangkatan dgn sy...sy terbaca tips2 ni kat dlm 1 laman web. Saya rasa sgt2 berguna utk wanita2 yg cam sy ni....heh..heh...moh kita praktiskan sama2 ye....

Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan korang. Sekiranya korang mengalami masalah ini, sudah tentu korang tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha korang. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau 'walkathon', dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah  korang terfikir cara lain untuk mengecilkan peha gebu korang tu??heh...heh....jgn mrh ye...kita sama je....
Okey, sekarang aku senaraikan 5 tips utk korang...so,just enjoy reading....

1. 'Kerusi bayangan'

Macam mana nk buat "kerusi bayangan" nih??Macam nih la kwn2:
  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan korang sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila korang sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang korang boleh sebelum korang berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, korang pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan korang tegak semasa 'duduk'.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
p/s: Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental korang. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, korang mesti rasa sudah biasa.

2. Pergerakan "menggunting"

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki korang dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Korang akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha korang.

3. Pusingan bulatan

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan korang ke atas (baring berbantalkan lengan korang) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut korang. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang korang angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul korang. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

4. Pakai kasut tinggi!

Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu korang perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!

5. Melompat di atas trampoline

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang korang boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan korang!
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat korang boleh melihat hasilnya. :)
Dulu sy pernah pegi gym...maen yg cam kayuh beskal tu...seronok.....huhuhu

p/s : saya rasa kat gym pun boleh membantu kot. Tanya la abg Ben....hehehe





fOr yOu hUbBy


Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.
Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.
Amin...

pELiNdUnG aTaU pErOsAk??

  • Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
  • Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
  • Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
  • Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
  • Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.


Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!

Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-NyaJadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.


Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!

Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar?
Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan?
Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah?
Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran "hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai? Sanggupkah?

Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halal'kan? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.

Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.

Renung-renungkan lah wahai sahabat-sahabatku


Ahad, 12 Jun 2011

~~DiNnEr a.K.a mAkan mALaM~~

Salam....Dinner a.k.a mkn mlm?hehehe....dulu setiap mase aku mkn...xkire pagi,tgh ari,mlm ataupun tgh mlm...bley dikatakan complete la dlm sehari tu....tp bile mkn cam xhengat dunia....rase dunia ni aku yg punya....hahaha...tapi tu dulu la...skang setiap kali mkn aku beringat2 la....sebabnye?nak taw sebab ape?hmmm...sebab ape ekk....hehehe...sebabnye berat badan aku da naek skang ni....hahaha..tu la padahnya kalau mkn xhengat dunia....cuba kalau aku mkn,aku hengat dunia...mesti berat badan aku xnaek....hehehe..tu sume salah ex-bf aku..ehh,bley ke salahkan org laen?xpatut...xpatut....hehehe...itu semua terpulang pd diri masing2 laa...kalau bley tahan nafsu mkn...bley tahan godaan mkn...bagus laa tu....berat badan confirm xnaek...hehehe.....
Cume skang,aku lebey kepada makan secara santai...cewahh....diet....mkn jarang mkn nasik...lebey2 lg waktu mlm....pagi2 sarapan..mkn roti @ oat je....tgh ari kdg2 mkn nasik...kdg2 mkn buah je....tadi,akak2 kat umah sewa aku ni,ajak p mkn...aku ckp aku xnk mkn....hehehe...die tanye nk kirim pape ke....pastu aku ckp kat die...kang sy kirim kang akak xbley nak carik lak....hahaha...xsenonoh tul ayat tu...mne tak nye,aku nak kirim air yogurt bliss tu...o% fat punya....hahaha...mne la die nk carik...die nk p restoran....bkn p shopping kt pasar raya pun...hehehe...aku just ckp aku gurau jela....hikhik...teruk tul laa....

hArI ni hAri ahAd.....hEhE

hari ni Kelantan cuti....hehehe...rse nye xde kne mengena ngan aku kot...aku bukan org Kelantan....hahaha...aku ni org Pahang...cume satu pantai timur jela....highway pun ikut highway yg same......hehehe.....hmmmm...ari ni ade kenduri kt apartment sebelah aku....sepanjang aku tinggal kat cni,aku pun da biase ngan suasana kt cni......sebab, bila time kenduri je...,mesti dieorang wat karoke punye laa...siang dan malam....masing2 nk sumbangkan suara...hehe...mula2 duk kat sni....aku tensen gak...mane taknye...memalam pun nk karoke...sakit lubang telinga aku...nk tido pun susah...last2,aku join dieorang karoke...hahaha....hati pun xsakit...hehehe...tp limit dieorng bley memekak smpai kul 12 tgh mlm je....fuhh...lega....hehehe....
Selalunye, ari2 cuti ni...aku lepak je kat umah..kalau2 aku bosan ke,aku g la merentas jejantas menuju ke Midvalley.....lepak kat sane...sengsorang pun bley...aku xheran pun...bknnye ade org nk ngorat pun...hahaha....cume aku xpernah lg g tgk wayang sengsorang....hehehe....kalau tak pun, aku duk termenung kat umah...layan feel ckit...hehehe....
alamak...lagu baik-baik sayang....my feberet song.....ade maksud yg mendalam.....hehehe...kdg2 lagu tu la yg wat aku selalu termenung...ape yg aku menungkan?mendalami setiap bait2 ayat lagu tu....hmmmm....lagu tu membawa erti dlm hidup aku.....dengan seseorang....kdg2 tertanya2 gak aku..mampukah die buat ape yg ade dlm lirik tu....tp xpela....die pun insan biasa....dia pun perlukan masa utk buktikan sesuatu....
okeh...time lunch...xmau sedey2 dah...hmmm...lunch ape ekk ari ni?akan dipikirkan....

Khamis, 9 Jun 2011

~~eMoSi kEtiKa bAcA nOvEL~~

Dikarangkan sambil dibuai lagu2 dr linkin park....buley kuar idea ke cmni...hehehe.......

Emosi ketika bace novel??ade ke yg emosi??ade la kot....salah sorang nye...aku laaa....heh...heh...heh...
emosi nye mengalahkan si tukang pencerita....bila bace novel,seolah2 aku la watak heroin dlm cite tu walaupun aku xde dpt offer pun nk pegang watak tu...hikhikhik....yela kan...watak tu dtg ngan sendiri bile kali pertama kite bace sinopsis novel tu.....huhuhu.....
Pelbagai watak ade.....ade yg best....ade yg xbest...yg best tu kalau time watak tu ngan bercintan cintun ke..hidup bahagia ke....disayangi suami ke...boyfren ke....hehehe...yg xbest tu kalau si boyfren luper janjinye...kate nk sehidup semati bagai...si suami lak mula berubah sikap.....mase tu,emosi da bertukar...kemaen marah lg ngan si lelaki tu......kalau sedih, bley jdik keluar lah air mata tanpa disuruh...agak2nye kalau org nmpk la kite cmtu kan...mesti di chop giler....adehhh...bukan giler laa...itu la namanya menghayati(sambil tunjuk novel kt org yg ckp tu....hahaha.....)

Beli novel @ pinjam je yg paling best??


aku rase kan....beli sendiri lg afdal kot...sbb buley bace ngan sesuka ati...agak2 cite tu menarik,buley la bace berulang kali...kang kalau kite pinjam kt org,cepat je da nk kne pulangkan....nnti xpasal2 org tu ckp...'woi,novel aku tu nk wat harte sendiri ke'...makaih....punye la tangkai jering.....'kalau setakat sebulan aku simpan,xkan nak marah kot....hehe'.....'sebulan??elok la ko beli dr aku je novel tu'....huhuhu...baek punye ayat perli die.....okey la tu kan....sekurang2 nye xde la tersinggung pun....kawan2 la katekan....huhuhu.....tapi...kalau agak2 nk save bajet.....g la library...bace je kat sane...dr pagi smpai ke mlm....smpai juling la mata korang.....hehehe...aku suka g MPH midvalley nun...ramai gak yg lepak sane.......tp aku xselesa la sbb novel2 kt sane ade tande harga...aku rase segan nk bace kt sane....hahaha...so,aku rela beli dan bwk balek umah...buley bace sambil baring2.....agak2 ngantuk, tido je terus....hehehe...kan lebey selesa......kan....kan....kan.... :)

Isnin, 6 Jun 2011

~~aDa sEsUaTu Yg pErLu kItA tAhU~~



  • Janganlah menangis jika cita-citamu tidak tercapai. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya?
  • Janganlah menangis ketika menonton filem Hindustan. Bukankah itu cuma lakonan?
  • Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas. Mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  • Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan. Mungkin kita kurang membuat persediaan.
  • Janganlah menangis kalau wang kita hilang dalam perjalanan. Mungkin kita kurang bersedekah.
  • Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu merupakan pemberian Tuhan.

Mengapa kita menangis?Tidak kira lelaki mahupun wanita...pasti akan menangis.Kadang-kadang kita menangis pada perkara yang tidak penting.Seperti, putus cinta.Seolah-olah tiada cinta yang akan datang selepas ini.Namun, tidak dapat saya nafikan bahawa perasaan kita, perempuan mahupun lelaki sangat halus akibat cinta.Kita merasakan dia adalah segala-galanya buat kita. Sedangkan kita tidak tahu bahawa ada yang lagi hebat selepas dia.Cuma kita memerlukan masa untuk mendapat sesuatu yg hebat itu.Bersabarlah..pasti ada hikmah disebalik semua kejadian.

Khamis, 2 Jun 2011

~~jAngAn pErnAh bEruBaH~~

tRiP to GoPeng wIth mY tEaM...... :) ~~aWeSoMe~~

Assalamualaikum.........

Kali ni aku nk cerita ckit psl trip aku ke Gopeng, Perak, bersama2 ngan member opis pd 22/05 - 23/05.....sepatutnye ade lg mase 24/05 tp aku ngan ade sorang akak tu, namenye kak sue kne balek awal sehari.....takut opis tunggang langgang....kate bos aku laa....huhuhu.....

Aku gerak awal pg ahad tu....kak june amek aku kt umah...hehe....baeknye.....bos aku ade sekali mase tu....pastu p amek kak sue lak kt sungai buloh...then benti bekfes kt rawang.....kiteorg smpai dlm kul 9.30...sepatutnye dlm jadual kne smpai sebelum kul 9.....hehe....alaaa...lewat ckit je....kalau smpai awal mesti aku ngantuk sbb kne dgr bos memulakan hujah2nya....hahaha....aku selitkan ckit beberapa keping pic mse memula smpai....sgt teruja....huhuhu


ni la kak june...si tukang drebar....letiih sgt gamaknye....smpai nk kne urut ngan kerusi yg xbape nk berfungsi tu...hehehe
adehhh...ni la bos aku...Daud namenye.....adakah beliau pndai bermain ngan gitar....hehehe...luper nk rakam...kalau tak korang bley la nilai sendiri....hahaha
hah...sape kate aku xnk bergambar.....aku pun nk kasik posing gak....ni ngan kak sue....hehe

Sementara menunggu yg lelaen tu, kami melawat kawasan jap....hehe......




hehe....nk letak pic bebanyak rase cam  malas la plak...huhuhu......Dalam kul 10 lebey, mereka2 pun smpai....pastu kami memulakan sesi bercakap dan mendengar....bertanya dan menjawab.....kul 12.30 tgh ari....time to lunch.....yehaaa...itu la yg kami semua nantikan...hikhik



yeah....time to mencekik....hahaha

Lepas lunch...memasing membawa diri ke bilik......nk rehat2 ke..nk mandi2 ke....hehe...pasni kami semua pegi ke gua...namanya Gua Kandu.....cam best je...tp mmg best pun.....da lama aku xwat aktiviti cmni....seronok sgt....

sebelum g gua, harusla berposing2 dlu...baru la semangat   gitu.....hahaha



rase2 cam muka sape batu nih???hehehe


adehhh...masih sempat lg...cameraman tu mmg cekap dan memahami la....hahaha

masing2 teror la ni.....sebab dpt panjat tempat tinggi2.....hehe

Selepas bertarung nyawa (ayat je ni..hehe)...akhirnya kami berjaya menemui jln yg benar (dpt keluar dr gua...hehe)

Die ni sgt bersyukur....sebab dpt keluar hidup2 dr gua tu....haha

aku tersungkur akhirnyaaaaa....:)

Adehhh....sgt seronok.....mase tu aku rasekan, semuanya sporting jek.....hehehe......terkeluar sume perangai yg xsenonoh tu.....hahaha....aku???still sopan lg....maklumla...dlm ramai2 tu aku sorang je yg single mingle....huahuahua....pas kuar dr gua ni, kiteorg g mndi air terjun...da petang da mse tu...airnye sgt sejuk....cam kt genting lak rasenye.....hahaha....


time to dinner...yummy..yummy...dinner dlm keadaan kesejukan (pas mndi air terjun td terus je mkn.....dlm keadaan basah...xsenonoh tul....hahaha)



hamboi...bersuka ria la korang pas kenyang ekk..ish...ish....ish.....

Hehehe....pas mkn kiteorg balek bilik....mndi2....rehat2 ke....mlm tu ade sesi lg smpai kul 9.30 ke....sebab bos aku nk p mancing la pulok...ish...ish...mcm2 laaa.....mlm tu karoke...sume lagu omputih lak tu...lagu lame2...tp ade gak yg taw nyanyi lagu2 tu....asyik2 die...asyik2 die...hehe...dalam kul 11 lebey......sume da masuk bilik...nk tido ler.....letey taw....kaki pun da saket2 mase tu.....adehh...2, 3 ari gak la nk ilang saket tu....huhuhu.....

Eoknye.....aku n kak sue da nk balek.....sambil2 tu kiteorg tunggu la group kedua dtg....lambat gak...huhu...
hmmm...sgt seronok walaupun hanye 1 hari je...thanks bos sbb bg kami ikut...hehehe....
         ~~bye gopeng....kami pulang dulu ye...hehe~~

tapinye....bukan terus balek pun...bley lak g cameron highlands...hehehe...okeyla.....aku rase smpai cni je dlu coretan aku...len kali aku update lg ape yg patut.....chow cin chow....assalamualaikum......




marah??merajuk??kecik ati??perlu ada ke semua tu??

Kenapa pulak xperlu ada??apa??ingat aku robot ke??xbley marah...xbley merajuk..xbley kecik ati...hmmm..bukan ke sbg manusia mmg ade semua perasaan tu....cube tanye pak imam ke...kalau dia ckp dia xde semua perasaan tu, dia mmg tipu laa....mungkin dia ade perasaan2 tersebut cume dia pandai kendalikan semua perasaan tu...kalau dia tunjuk depan org laen, bkn pak imam la namenye...hehe....apatah lg aku ni cuma insan biasa je...lg mcm2 perasaan wujud kan....so, bg aku la...xsalah kita nk marah,merajuk or sebagainye.....tu kan da lumrah.....
cuma, bg insan biasa, kdg2 aku xmampu nk sembunyikan perasaan tu...smpaikan ada org laen yg terasa ati....kdg2 terasa gak..aku ni xpndai nk jaga perasaan org ke...tp kdg2 jugak org laen merasa dia terlalu sempurna...dia merasakan dia xde pun wat org laen terasa or sakit ati...sedangkan dia dah 'terbuat' tanpa dia sedari....nak ckp xsmpai ati...so,pendam jela dlm ati memandangkan diri sendiri pun xsempurna....huhuhu....ada satu langkah yg aku rasa nak buat kalau aku ada perasaan2 cmtu....iaitu "buat xtaw je...pastu gelak la besar2"...hahaha...teruk betul kan...tp tu la kenyataan.....
Aku selalu tertanya2, kenapa kalau kita baca novel, kita merasakan seolah2 kita yg pegang watak utama dlm novel tu....kenapa kita akan jdik marah, sedih smpai nangis2 la....sesungguh nangis lak tu...hehehe.....sgt2 memahami jln cerita tu...smpaikan terdetik dlm hati...cmne la kalau kehidupan aku jdik cmtu suatu ari nnti..dilukakan,melukakan,sedih....cmne kalau dlm cerita tu org tu kne culik...hah....adakah aku pun akan diculik...kalau aku kne culik,ada ke org nk selamatkan aku....hmmm...mcm2 la aku ni...mengarut je kan.....hehe....(lari topik jap).....
okey la.....td aku luper nk kasi salam....assalamualaikum...hehe...bye2