Pages

Jumaat, 25 November 2011

Apabila aku menulis


Apabila aku mula menulis.....
Aku menulis bukan kerana nama....tapi kerana aku punyai rasa....satu rasa yang halus tulus dari jiwa....
Aku menulis bukan kerana menjaja cerita....tapi kerana aku ingin mereka tahu apa yang aku rasa....kerana aku tak mampu berkata-kata.......aku tak mampu bersuara.....apabila meluahkan rasa dihati........
Namun, aku masih lagi mampu......mengawal diri dari bercerita perihal insan lain.....kerana bagi aku, tiada guna bercerita tentang insan lain......tiada guna membuka aib insan lain.....takut memakan diri....dan sedar diri ini tidak sempurna.......
Banyak orang banyak ragam, lain orang lain cara.....terpulang pada cara masing-masing......aku tiada hak untuk mempertikaikannya.....

Nampak mudah tetapi hakikatnya??

"Di sudut kecil hatiku sering berkata,apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya,ku beranikan diri menongkah arus yang deras,demi hari esok ku relakan".......

Perjalanan hidup masih panjang...tetapi, belum tentu aku masih bernafas hari esok. Segala yang berlaku, tanpa kita ingini, pasti ada hikmah....walaupun pahit dan pedih...bagi aku, akan ada sinar untuk insan yang sebegitu. Dunia......sentiasa ada cabaran dan dugaan. Allah tidak akan menguji umat-Nya jika umat-Nya tidak mampu..Berkata-kata memang mudah....tetapi selitkan sedikit dengan usaha...

"Walau tiada tangan menghulur,kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula,.....Tuhan, hanya engkau mengerti,perjalanan hidup seorang insan"......

Hanya Allah yang Maha Mengetahui....perlukah kita meragui-Nya?Aku tak perlu meluahkan apa yang aku rasa...kerana bagi aku, tak ada sesiapa yang akan memahami.Mereka akan terus menuduh.....dan menuduh....untuk apa aku bercerita??hanya membuatkan aku merasa sakit di hati....aku rela mendiamkan diri dan hidup bersama kehidupan aku bersama orang-orang yang aku sayangi....

Dia tahu segala-galanya. Aku percayakan Dia.... ^__^
Hidup mesti diteruskan walau apa pun yang berlaku.