Pages

Isnin, 8 Ogos 2011

ayyoooo...petang2 pun kena gak ke??

Kena apa ekk??aku kena kepit ngan pintu lif masa nk g bahagian admin td.....nak anta barang untuk di pos....tengah baik tunggu lif, lif pun sampai la kt tingkat aku...ewahhh...segan2 lak pintu tu nak terbuka.....sekali aku menunjukkan kebrutalan aku, aku sepak jela pintu tu untuk luaskan pintu tu....dan-dan lak time aku nak masuk dlm lif tu, dia tertutup plak....dah la barang yg aku bawak tu berat....terkepit la aku dlm masa 5saat...tapi kesannya best wooo...merah habis tangan aku ni....huhu...sengal-sengal pun ada..huhu....terus aku fobia.....hahaha

pengajarannya, bawak2 la bersabar.....nak sangat tunjuk brutal...mentang2 ada kaki...huhu.....padan muka aku....hehe

**huaaaa..mak, sakit woooo.....lagi sakit dr kena cubit ngan mak...hehe

Kalau tak tahu, cakap je tak tahu...

Terasa ego ke kalau nk cakap perkataan "tak tahu" tu??Kenapa mesti berpikiran macam tu?Tak terasa bersalah ke kalau pertanyaan tu melibatkan semua pihak tp korang jawab sambil lewa je?Macam mana kalau jawapan korang tu salah?Dan mungkin akan menyebabkan banyak pihak yg bertelagah?Tak terasa berdosa ke sebab korang dah memutuskan silaturrahim umat Islam?

Sepatutnya, kalau korang tak pasti ngan jawapan tu...korang patut cakap..."maaf, saya tak tahu" ataupun "maaf, saya tak pasti"...kan urusan akan menjadi lebih mudah.....

Imam al-Muhasibi menegaskan ; "Janganlah malu apabila ditanya tentang perkara yang tidak diketahui agar mengaku: Saya tidak tahu."(1)

Imam al-Munawi pula menegaskan ; "Jawapan 'saya tidak tahu' bukti betapa hebatnya kedudukan, betapa kuatnya pegangan agama, terzahir sifat taqwa terhadap Tuhannya, menyatakan kesucian hati, sempurna pengetahuan dan betapa tulus niatnya."(2)

Pengakuan "saya tidak tahu" bukannya akan merendahkan martabat seseorang,sebaliknya ia adalah sifat terpuji dan bukti memelihara amanah terhadap ilmu. Elakkan dari sifat apabila tidak tahu dibalas dengan jawapan sesuka hati tanpa mengetahui sejauh mana kebenarannya semata-mata untuk menjaga air muka.


Diriwayatkan dari Ibnu Abdil Barr di dalam Jami' Bayan al-Ilmi wa Fadlih sesungguhnya ulama' berkata ;
"Belajarlah untuk berkata saya tidak tahu, sesungguhnya jika engkau. berkata sedemikian, orang pasti mengajar engkau sehingga engkau tahu. Sebaliknya jika engkau sentiasa mengaku dengan berkata saya tahu, nescaya mereka akan bertanya sehingga engkau tidak tahu."

Kesimpulannya, jangan lah segan nak ucapkan perkataan "tak tahu".....tak luak mana pun kan.....sedangkan orang yang alim pun takkan lari dari resam seorang manusia...kadang2 ada perkara yg dia tahu dan kadang2 ada perkara yang dia tak tahu....tidak ada siapa yang tahu semua perkara melainkan Allah swt..