Pages

Khamis, 30 Jun 2011

Gulai Menantu #1

"Mak nak kau kahwin".
"Kahwin?Haa..kebetulan saya dah ada calon...cuma takut je nak bagitahu mak".
"Aku ada calon sendiri".
"Apa?!".
"Ya!Mak dah ada calon pilihan mak sendiri!".
"Tapi, mak...."
"Tak ada tapi-tapi...kau tak payah buat apa-apa..kau cuma kena jawab nikah dengan duduk atas pelamin je..paham!"
"Tapi...mak...."
"Fakhrul!Dengar cakap mak!Kahwin dengan budak tu!"
"Tapi siapa mak?Saya tak nak kahwin dengan orang yang saya tak kenal!"
Puan Maimunah memusing kepala,matanya tertumpu ke arah pintu dapur...Fakhrul menuruti perbuatan ibunya...
Tiba-tiba, keluar seorang wanita lingkungan 20an,badannya gempal,berkaca mata besar,berpendakap gigi yang kelihatannya agak jongang,tidak bergaya,rambutnya diikat tocang dua,dengan baju dressnya dan skirt labuhnya...tersengih-sengih seperti kerang busuk menampakkan gigi jarangnya,lalu mendekati Puan Maimunah.
"Haa...ni lah bakal menantu aku!"
"HAH!MAK!!!!TAK NAK!!!TAK NAK!!!TAK NAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
Fakhrul tersedar!
Astaghfirullahalazim....Fakhrul menggosok-gosok matanya yang terpisat-pisat itu.Nasib baik cuma MIMPI!
Fakhrul  mengucap panjang.Seram benar mimpi tadi!Ya Allah,janganlah betul-betul berlaku!Dia tak nak dengan perempuan yang bernama Halimah itu,walaupun dia tahu emaknya,Puan Maimunah agak berminat untuk menjadikan Halimah sebagai menantu.Tapi dia tak nak!Tak nak dengan perempuan mata empat itu.Sudahlah tak pandai bergaya.Luak matanya memandang,tak ada nafsu langsung!Fakhrul mengomel di dalam hati.Ditekup-tekup mukanya yang  berpeluh akibat menjerit-jerit ketika sedang bermimpi tadi.Sesekali nafasnya turun naik.Dipeluk-peluk bantal peluk yang setia disebelahnya setiap malam di atas katil itu.Gusar,perkara seperti di dalam mimpi itu akan berlaku!
Pintu bilik si teruna berusia 26 tahun itu dikuak tiba-tiba.Fakhrul menggelabah lagi,tup-tup pintu terbuka.Puan Maimunah muncul di muka pintu sambil memandang tepat ke arah Fakhrul.Wanita berusia 54 tahun itu berjalan pantas menuju ke arah anak terunanya.Pandangannya seperti hairan akan sesuatu.
"Kenapa kau terjerit-jerit tadi,Rul?Macam nampak hantu je.Mak yang kat tingkat bawah tu pun boleh dengar tau!"
Fulamak..betul lah sangkaannya tadi,dia menjerit,haha....menilai dari gaya mimpinya sahaja sudah cukup membuktikan yang dia sebenarnya tidak ada feel langsung terhadap Halimah,wanita yang amat dikenan sangat oleh hati emaknya,Puan Maimunah itu.Entah apa yang special sangat pasal si Halimah itu sampai berkenan Puan Maimunah?
"Eh..yeke?Hehe..mimpi aje mak..."
"Hissyy..budak ni!Ingatkan apa tadi.Apa nak jadi lah dengan kau ni?Kau tengok luar tu,dah terang dah!Mana tak mimpi bukan-bukan!Ngomel Puan Maimunah geram.
"Hah!Ya Allah!"Fakhrul menepuk dahi.Dah siang rupanya,tapi macam ada sesuatu yang tertinggallah.
"Kenapa kau ni?"
"Rul tak sembahyang Subuh lagi!Melompat Fakhrul dari katil.Ya Allah,macam mana boleh terlajak ni?Nampaknya bersubuh gajahlah dia hari ini.

***.............*******.............*****.............***********
teeettt....alamak..penulis dah pening2 lah....nampaknya xdapat diteruskan menulis lagi...Sambungan dilain kali yeee.....huhuhu.....mintak ampuuunnnnn....

Perasaan apa ni???

Perasaan??Apakah jenis perasaan tu??Cinta?Sayang?Rindu?ehhh....ada ke perasaan tu utk aku rasai...huhu.....yg aku rasa sekarang,macam bermacam2 jenis penyakit dah mula bermaharajala di seluruh ruang badan aku tanpa aku mengalu2kan kedatangan mereka semua.....hehe..mana ada org mengalu2kan kedatangan penyakit....agaknya penyakit tu sengaja menjengah....saja nak tahu...apa khabar kah diri kita....masihkah kita menjaga kesihatan diri kita.....

Dah 2 hari,aku rasa sesak nafas...sakit kepala....pening2 lalat.....kenapa ekk??aku sendiri xpasti la.....nk kena g check doktor ke haaa??perlu ke??harus ke??kalau xpegi,xpe kan....hehe...mmg la xpe,tapi aku xkan tahu la apakah jenis2 penyakit yg berani menonjolkan diri tu.....huhu....ehh,nanti2 la aku g jumpa doktor....agaknya doktor pun xnak jumpa aku kot....hehehe....

Semalam aku timbang berat badan...alamak!!!da naik semula...OMD!!!camne boleh jdik cmni...baru pekena GCB ngan kepsi je...ehh...ada lagi...pizza...hehe....xkan nk kne mkn roti je...huhu....."nak seribu daya,xnak seribu dalih".....nasib baik aku still ingat kata2 tersebut......aku masih mampu kawal lg...haha....

Pape pun,aku akan pastikan berat badan aku turun semula.....akan aku usahakan sebaik mungkin...hehe...pada bos aku,jgn la beli nasik lemak lg.....dan kepada group aku tu,len kali bwk la koko crunch ke,cornflakes ke,susu ke...sehat ckit badan kita ni....hehe......