Pages

Isnin, 6 Jun 2011

~~aDa sEsUaTu Yg pErLu kItA tAhU~~



  • Janganlah menangis jika cita-citamu tidak tercapai. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya?
  • Janganlah menangis ketika menonton filem Hindustan. Bukankah itu cuma lakonan?
  • Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas. Mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  • Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan. Mungkin kita kurang membuat persediaan.
  • Janganlah menangis kalau wang kita hilang dalam perjalanan. Mungkin kita kurang bersedekah.
  • Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu merupakan pemberian Tuhan.

Mengapa kita menangis?Tidak kira lelaki mahupun wanita...pasti akan menangis.Kadang-kadang kita menangis pada perkara yang tidak penting.Seperti, putus cinta.Seolah-olah tiada cinta yang akan datang selepas ini.Namun, tidak dapat saya nafikan bahawa perasaan kita, perempuan mahupun lelaki sangat halus akibat cinta.Kita merasakan dia adalah segala-galanya buat kita. Sedangkan kita tidak tahu bahawa ada yang lagi hebat selepas dia.Cuma kita memerlukan masa untuk mendapat sesuatu yg hebat itu.Bersabarlah..pasti ada hikmah disebalik semua kejadian.