Pages

Selasa, 21 Februari 2012

Ahh...sungguh aku tak berani menyendiri....

Sungguh aku tak berani menyendiri...menyepikan diri.....pasti segala kenangan akan muncul...aku memang tak suka bila semua itu berlaku...ahh, terlalu banyak kenangan....walaupun ia telah lama berlaku, aku masih dapat merasai kesakitannya....yang boleh membuatkan aku trauma kalau aku tak kuat....dan kadang2 aku akan menjadi lemah....

Aku tak pernah meminta....dan aku tak pernah inginkan pun....walau sedetik cuma...aku cuma inginkan kebahagiaan....aku harap,takkan ada lelaki macam tu lagi...walaupun seringkali lelaki sebegitu kerap kali muncul di dada akhbar....

Ya, aku perlukan kekuatan....untuk teruskan perjalanan hidup yang masih panjang....InsyaAllah, jika umurku masih panjang.....

Ahad, 19 Februari 2012

Penantian~~~

Bila malam tiba, pasti siang menanti....
Bila siang muncul, malam menanti....
Tiada yang berubah...
Itu lah yang berlaku setiap hari.....

 
Tanpa kita sedari, hari berganti hari...
Setiap saat menjadi minit...
Setiap minit menjadi jam......
Berdetik dan berlalu dengan pantas.....


Sedangkan manusia,
Begitu leka menghitung hari.....
Seolah-olah segalanya akan berubah bila dicelikkan mata......
Berusahalah...
Demi diri sendiri....
Menjadikan sesuatu yang lebih baik dari hari semalam....
Dan menjadikan esok lebih baik dari hari ini....
Tiada apa yang merugikan...
Kelak diri sendiri yang akan lebih senang....



Menanti tidak menjanjikan apa-apa,
Kejayaan tidak akan datang bergolek,
Melainkan dengan usaha kita sendiri.....


~~apa yang tertulis ini saya tujukan pada diri saya juga~~

Rabu, 15 Februari 2012

Gaduh tak bertempat

Pagi tadi, tetiba jer aku teringat....bergaduh dengan ex boypren kat tengah2 jalan...nak mati dah gamaknya.....masa tu aku merempit dengan dia....gaduh atas motor...tak tahan punya pasal sanggup berenti....sambung gaduh...perghh....masa tu memang muka tak tahu malu laa.....ego melambung2.....apa??ingat dia sorang je boleh marah2...aku tunggul ke??tapi, bila teringat balik,malu kot....hehe



Dulu2, masa zaman2 sekolah, aku boleh dikatakan panas baran gak la...Pernah gak bergaduh dengan member aku masa kat asrama sebab dia sedap2 jer kutuk bestpren aku....angin la wei.....siap nak bagi penampar penerajang bagai....haha....tapi,aku dah baik2 dengan dia dah.....dah ada dalam friendlist fesbuk aku dah...bila pikir2 semula, nak tergelak pun ada...hehehe

Alhamdulillah, sekarang dah kurang walaupun ada la sikit2....masih dapat kawal lagi...buat apa nak marah tak tentu pasal...nanti aku jugak yang akan sakit hati kan.....so,biarkan jela kalau ada orang cuba mencabar kesabaran kita....hadapilah dengan senyuman... ^__^

**peace no war**

Isnin, 13 Februari 2012

Senyumlah andai itu ubatnya

~~Bila bebanmu terasa berat, hadapilah dengan senyum
    Bila langkahmu terlalu penat, hadapilah dengan senyum

~~Bila badai ombak menggelora, hadapilah dengan senyum
    Bila awan gelap kelak menudungi, hadapilah dengan senyum

~~Bila penyakit menyerang dikau, hadapilah dengan senyum
    Bila harapan tiada lagi, hadapilah dengan senyum

~~Bila manusia mengecewakan, hadapilah dengan senyum
    Bila hidupmu sangat tertekan, hadapilah dengan senyum

***Senyum adalah sedekah paling murah tetapi besar pahalanya.
      Ditujukan kepada kamu semua dan juga untuk diri saya sendiri....

Fikir-fikirkan lah~~~

Hadis Rasulullah SAW:
 
"Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”

Sabda Rasulluah S.A.W yang bermaksud... "Sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan akhirat."


Perlu ke aku terangkan?Masing2 pandai baca dan masing2 dah besar.....setiap manusia akan melakukan kesalahan.Tiada siapa yang sempurna.Bagi dia peluang untuk menebus kesalahan itu.Jangan hanya tahu menunding jari dan menghukum tanpa kita mengetahui hakikat yang sebenar...Sedangkan kita juga pernah melakukan perkara yang sama.

Bagi aku, setiap kata2 kesat yang dikeluarkan sama ada tanpa kita sedar atau memang kita sengaja,akan berpatah semula kepada yang berkata2 tu.Sama ada akan kena pada dia sendiri atau pada kaum saudara dia ataupun pada anak2 dia kelak.Sebelum bercakap,pandang pada diri kita sendiri.Adakah kita layak untuk berkata2 yang mungkin akan menyakitkan hati orang lain?