Pages

Isnin, 13 Februari 2012

Senyumlah andai itu ubatnya

~~Bila bebanmu terasa berat, hadapilah dengan senyum
    Bila langkahmu terlalu penat, hadapilah dengan senyum

~~Bila badai ombak menggelora, hadapilah dengan senyum
    Bila awan gelap kelak menudungi, hadapilah dengan senyum

~~Bila penyakit menyerang dikau, hadapilah dengan senyum
    Bila harapan tiada lagi, hadapilah dengan senyum

~~Bila manusia mengecewakan, hadapilah dengan senyum
    Bila hidupmu sangat tertekan, hadapilah dengan senyum

***Senyum adalah sedekah paling murah tetapi besar pahalanya.
      Ditujukan kepada kamu semua dan juga untuk diri saya sendiri....

Fikir-fikirkan lah~~~

Hadis Rasulullah SAW:
 
"Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”

Sabda Rasulluah S.A.W yang bermaksud... "Sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan akhirat."


Perlu ke aku terangkan?Masing2 pandai baca dan masing2 dah besar.....setiap manusia akan melakukan kesalahan.Tiada siapa yang sempurna.Bagi dia peluang untuk menebus kesalahan itu.Jangan hanya tahu menunding jari dan menghukum tanpa kita mengetahui hakikat yang sebenar...Sedangkan kita juga pernah melakukan perkara yang sama.

Bagi aku, setiap kata2 kesat yang dikeluarkan sama ada tanpa kita sedar atau memang kita sengaja,akan berpatah semula kepada yang berkata2 tu.Sama ada akan kena pada dia sendiri atau pada kaum saudara dia ataupun pada anak2 dia kelak.Sebelum bercakap,pandang pada diri kita sendiri.Adakah kita layak untuk berkata2 yang mungkin akan menyakitkan hati orang lain?