Isnin, 13 Jun 2011

5 senaman utk kecilkan paha comel anda!!!!

okey...utk wanita2 yg seangkatan dgn sy...sy terbaca tips2 ni kat dlm 1 laman web. Saya rasa sgt2 berguna utk wanita2 yg cam sy ni....heh..heh...moh kita praktiskan sama2 ye....

Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan korang. Sekiranya korang mengalami masalah ini, sudah tentu korang tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha korang. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau 'walkathon', dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah  korang terfikir cara lain untuk mengecilkan peha gebu korang tu??heh...heh....jgn mrh ye...kita sama je....
Okey, sekarang aku senaraikan 5 tips utk korang...so,just enjoy reading....

1. 'Kerusi bayangan'

Macam mana nk buat "kerusi bayangan" nih??Macam nih la kwn2:
  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan korang sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila korang sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang korang boleh sebelum korang berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, korang pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan korang tegak semasa 'duduk'.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
p/s: Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental korang. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, korang mesti rasa sudah biasa.

2. Pergerakan "menggunting"

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki korang dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Korang akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha korang.

3. Pusingan bulatan

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan korang ke atas (baring berbantalkan lengan korang) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut korang. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang korang angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul korang. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

4. Pakai kasut tinggi!

Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu korang perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!

5. Melompat di atas trampoline

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang korang boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan korang!
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat korang boleh melihat hasilnya. :)
Dulu sy pernah pegi gym...maen yg cam kayuh beskal tu...seronok.....huhuhu

p/s : saya rasa kat gym pun boleh membantu kot. Tanya la abg Ben....hehehe





Tiada ulasan:

Catat Ulasan