Pages

Isnin, 13 Jun 2011

iBu dAn AyAh

Sedang aku menjelajah,membelek2 apa yang patut...tiba2 aku teringat...ibu dan ayah ku....
Masa sekolah dulu, pasti akan sesi motivasi ni....sesi muhasabah diri....masa tu degil....menangis tu mmg menangis....insaf tu...seperti angin lalu je...datang dan pergi....tiada kesedaran diri.....apa yg mereka inginkan..aku anggap seperti permintaan yg tak masuk akal...tapi, tidak sedarkah kita..ibu dan ayah kita tahu apa yg terbaik utk anak2 mereka....jangan kita menyesal dikemudian hari...selagi ibu dan ayah kita masih ada,bantulah...sayangilah mereka sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi kita....sejak kita kecil sehingga la kita dah besar panjang ni....even dah berumahtangga pun....tanpa mereka, kita tiada di dunia ni...kita xberpeluang menikmati kehidupan di dunia ni....jadi lah anak yg sebaik2nya.....


Ibu,
Ingin saat ini ku kucup dahimu,
Ingin rasanya aku peluk erat tubuhmu,
Mengalirkan air mata dalam pelukanmu,
Pelukan yang dapat menenangkan hati ini.

Ayah,
Aku rindu cium tanganmu,
Tangan yang berhempas pulas mencari rezeki,
Aku rindu kata-katamu,
Kata-kata yang jarang kau ucap namun dapat menaikkan semula diriku.

Ibu, Ayah,
Aku rindu menatap wajahmu,
Aku rindu masakanmu,
Aku rindu nasihatmu,
Aku rindu gelak tawamu.

Ibu,
Maafkan aku ketika aku malas membantumu,
Maafkan aku ketika aku merisaukan hatimu,
Maafkan aku ketika aku bukan anak yang baik,
Kerana sungguh, aku berusaha menjadi yang terbaik.

Ayah,
Maafkan aku ketika aku bermasam muka,
Maafkan aku ketika muncungku panjang sedepa,
Maafkan aku ketika aku mengecewakanmu,
Kerana sungguh, aku masih mencari makna anak yang baik.

Terima kasih cintaku, ibu dan ayah,
Aku bangga jadi anak kalian.


Mak dan ayah aku.....i love both of you

Tiada ulasan:

Catat Ulasan