Pages

Isnin, 3 Oktober 2011

KaSih SaYaNg



Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?  


Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas. 


Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.  


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?  


Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maksaya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


 Sumber dari Google

Jangan Mencari Terlalu Sempurna

Jika kamu memancing ikan.......Setelah ikan itu terlekat di mata kail......
Hendaklah kamu mengambil ikan itu......
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu
sahaja.......                     
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya......
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih
hidup......    

Begitulah juga......

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ......
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu......
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya......
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja......
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu.......
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati
kamu......     

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada......
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu
teguh......                   
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja......
Kerana apabila ia mulai RETAK ....tidak sukar untuk kamu menampal dan
memperbaikinya semula...... 
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja......

Begitulah juga......

Jika kamu sedang memiliki seseorang.... TERIMALAH dia seadanya......
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu
istimewa......               
Anggaplah dia manusia biasa......
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN .... tidaklah sukar untuk kamu
MEMAAFKANNYA dan       
MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana
kamu merasa terlalu     
kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja......

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi.......
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu......
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ......
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain......
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ......
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh
menikmatinya lagi......           
Kamu akan MENYESAL ......

Begitulah juga......

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ......
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu......
MENYAYANGIMU .... MENGASIHIMU ....dan MENCINTAIMU ....
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain......
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ......
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia
menjadi milik orang   
lain......
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi......


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia
bukanlah faktor utama       
KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh m ema afkan
KESILAPAN orang yang kita 
sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta
BERSYUKUR dengan apa yang   
kita sudah MILIKI ...kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA
...itu lebih BERMAKNA !       


"Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan
berganti, namun yang 
berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang"