Pages

Isnin, 19 Disember 2011

Adakah aku akan begini selamanya?

Kadang terasa ingin meluahkan,
Tetapi bagaikan tersekat dikerongkong,
Hanya mampu berkata-kata dalam hati,
Yang tak tahu sampai bila mampu bertahan....

Sedih dan sakit dihati...tak mampu aku hamburkan....kerana ia hanya ditakdirkan untuk bersemadi di situ....
Jika diluahkan, aku tetap sama.....sebagaimana ianya bermula, sebegitu lah ianya berakhir.....

Apa yang aku rasa disaat ini : sebak,sedih,terluka,duka......semuanya menjadi satu.....berkumpul di dalam satu hati yang teramat kecil.....terasa dinding hati semakin menipis.....apa yang aku takutkan, adakah dinding kesabaran aku jua semakin menipis?adakah aku mampu bertahan?

Tapi aku tahu, Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Mendengar......segalanya akan berjalan lancar seperti yang dikehendaki-Nya.....

Aku turut tumpang bahagia untuk mereka ^_^

Apabila melihat mereka2 tersenyum dan bahagia, hati aku tersentuh.....kerana mereka sudah pun memiliki seorang pendamping yang akan sentiasa bersama-sama dengan mereka....hati aku betul-betul tersentuh dan menjadi sebak....mereka sudah ada yang tersayang......aku hanya mampu berdoa untuk mereka semoga segalanya akan berjalan lancar hingga ke akhir hayat......pada kawan-kawanku, semoga kalian tabah dan sabar menempuhi alam ini...... ^__^

Isnin, 5 Disember 2011

Sisa kisah kita



 Dari sisa sisa kisah kita berdua
Tak pernah ada persefahaman
Walau dalam cinta
Tiada guna penyesalan
Jangan berdusta
Usah menafikannya
Ini kesudahannya

Tangisan air mata
Tak bererti lagi

Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya

Dari sisa sisa kisah kita berdua
Tiada pernah ku sangka
Akhirnya begini
Usah kau coba merayu berkata dusta
Jangan pura cinta padaku
Meminta ku kembali

Tangisan air mata
Tak bererti lagi

Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya

Oh tuhan, berikanlah ku
Kekuatan

Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya

Jumaat, 2 Disember 2011

Ingatkan dah berubah......

Setelah sekian lama......aku bukan nk sangat tahu pasal 'dia' pun.....tapi hati ini terasa ingin tahu perkembangan 'dia'.....walaupun 'dia' hanyalah sejarah aku......aku cuma terkilan dan tertanya-tanya....kenapa 'dia' tak pernah berubah........kenapa 'dia' suka menganiaya kaum wanita macam aku ni?kenapa 'dia' terus-terusan meletakkan kesalahan tu pada wanita macam aku ni?sedangkan 'dia' sendiri yang salah.....

Aku tak boleh nak komen panjang2 pasal kehidupan 'dia' dengan orang baru tu.....tapi, aku cuma berharap 'dia' akan lebih menghargai wanita.....bukan memperlakukan sesuka hati 'dia'..........walaupun aku boleh memaafkan 'dia', itu bukan bermakna aku boleh terima 'dia' semula....walaupun hanya berkawan........

Pada 'dia', aku harap kau akan lebih memahami apa makna hubungan yang terjalin tu....kalau suka, jaga la elok-elok...jangan nanti baru nak menyesal di kemudian hari.....masa tu, dah tak guna merayu pun.....macam yang kau buat kat aku.....opsss..bukan nak ungkit.....hehe

Khamis, 1 Disember 2011

Aku bukan siapa-siapa

Aku hanyalah insan biasa....
Yang sering melakukan kesalahan....
Walaupun berulang kali memohon keampunan.....
Tetap melakukan kesalahan itu.....

Aku bukanlah inginkan yang terbaik....
Kerana aku bukanlah yang terbaik....
Cukuplah sekadar.......
Usaha untuk menjadi yang terbaik.......

Aku bukanlah wanita yang dicari-cari....
Aku bukanlah wanita yang diagungkan....
Aku bukanlah wanita yang digila-gilakan.....
Kerana aku tidaklah layak untuk diagung-agungkan.....
Ataupun digila-gilakan.....mahupun dicari-cari......
Tetapi, aku hanyalah wanita yang ingin mencari kehidupan sendiri....
Tanpa ada yang berhasad dengki.......kerana aku cuma.....insan biasa......


Jumaat, 25 November 2011

Apabila aku menulis


Apabila aku mula menulis.....
Aku menulis bukan kerana nama....tapi kerana aku punyai rasa....satu rasa yang halus tulus dari jiwa....
Aku menulis bukan kerana menjaja cerita....tapi kerana aku ingin mereka tahu apa yang aku rasa....kerana aku tak mampu berkata-kata.......aku tak mampu bersuara.....apabila meluahkan rasa dihati........
Namun, aku masih lagi mampu......mengawal diri dari bercerita perihal insan lain.....kerana bagi aku, tiada guna bercerita tentang insan lain......tiada guna membuka aib insan lain.....takut memakan diri....dan sedar diri ini tidak sempurna.......
Banyak orang banyak ragam, lain orang lain cara.....terpulang pada cara masing-masing......aku tiada hak untuk mempertikaikannya.....

Nampak mudah tetapi hakikatnya??

"Di sudut kecil hatiku sering berkata,apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya,ku beranikan diri menongkah arus yang deras,demi hari esok ku relakan".......

Perjalanan hidup masih panjang...tetapi, belum tentu aku masih bernafas hari esok. Segala yang berlaku, tanpa kita ingini, pasti ada hikmah....walaupun pahit dan pedih...bagi aku, akan ada sinar untuk insan yang sebegitu. Dunia......sentiasa ada cabaran dan dugaan. Allah tidak akan menguji umat-Nya jika umat-Nya tidak mampu..Berkata-kata memang mudah....tetapi selitkan sedikit dengan usaha...

"Walau tiada tangan menghulur,kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula,.....Tuhan, hanya engkau mengerti,perjalanan hidup seorang insan"......

Hanya Allah yang Maha Mengetahui....perlukah kita meragui-Nya?Aku tak perlu meluahkan apa yang aku rasa...kerana bagi aku, tak ada sesiapa yang akan memahami.Mereka akan terus menuduh.....dan menuduh....untuk apa aku bercerita??hanya membuatkan aku merasa sakit di hati....aku rela mendiamkan diri dan hidup bersama kehidupan aku bersama orang-orang yang aku sayangi....

Dia tahu segala-galanya. Aku percayakan Dia.... ^__^
Hidup mesti diteruskan walau apa pun yang berlaku.

Isnin, 21 November 2011

Kadang hati ini terniat jahat.......

Fuhh...bila hati dah mula berniat jahat, dah tahap kritikal dah tu.....tak tahan beno la tu asyik kena mengata je ekk.....hehe.....sabo jela....mulut orang, mata orang mana boleh kawal....kita takde hak pun nak marah...bila terkena tu, baik kita diam je....hati pun tak sakit selagi kita membiarkan kata-kata dieorang tu bak angin yang menumpang lalu je....alamak.....ayat tak boleh blah la pulak.....huhu

Aku kenal seseorang ni......kadang-kadang aku pelik....macam mana dia boleh kawal hati dia,mulut dia dari membalas segala perbuatan orang-orang yang tak bertanggungjawab tu......nampak macam gagah perkasa kan tapi dia pun punyai hati dan perasaan.....aku tak percaya langsung kalau dia dapat membuang segala-galanya macam tu je.....dia pun manusia biasa....punyai segala perasaan........tapi dia punyai hati yang kuat....sentiasa bersyukur dengan apa yang terjadi......sentiasa berniat baik tanpa sebarang dendam........aku harap, hati dia akan tetap begitu....selama-lamanya.....

Aku??Belum mampu berperasaan seperti dia......hati aku bukan seperti dia....kalau diizinkan, aku nak jadi seperti dia......walaupun aku tahu dia tak sempurna dimata sesiapa pun......

Ahad, 20 November 2011

Aku telah melukai hatinya......lagi

Pertama kali....dan aku rasa bukan pertama kali aku buat 'dia' sebegitu....terasa bersalah yang amat sangat.....aku telah melukai hatinya....malah aku menuduh 'dia'......aku sepatutnya bersama-sama berganding bahu...mungkin kerana kesilapan aku sendiri....aku bersyukur 'dia' masih sudi memaafkan aku.....aku akan berusaha sedaya upaya agar emosi aku dikawal dengan sebaik-baiknya.....hanya 'dia' yang mampu membuat aku menangis, ketawa,gembira,sedih dan bermacam-macam lagi la......janji aku, aku takkan buat 'dia' menangis dan bersedih lagi kerana aku.........biarlah orang tidak tahu asalkan kami tahu apa yang berlaku.....kalau orang tahu pun menyusahkan jugak....hehe

Ahad, 13 November 2011

Apabila segalanya dipersoalkan

Apabila isi hati dipersoalkan?Persoalannya sekarang adakah kita jujur pada hati kita sendiri?Jujurkah kita pada hati kita sendiri??Adilkah kita pada hati kita sendiri?Persoalannya lagi, mampukah kita bersikap adil pada hati kita dan juga pada hati insan lain?Adakah hidup kita ini hanyalah untuk melihat orang lain gembira tanpa mempedulikan hati kita yang merana?Apakah itu yang dinamakan kehidupan?Iyee...nampak macam senang....nampak macam mudah....tetapi pada hakikatnya terlalu pahit.....jangan lupa pada ayat ni...'Bukan mudah untuk menjadi mudah...dan bukan susah untuk menjadi susah'.....biar bersusah payah dahulu asalkan hasilnya sangat memberangsangkan...Mengapa dipersoalkan lagi pada sesuatu yang ingin dilakukan dengan cara yang mudah?

Nampak kejam bukan??Kalau hati tak kuat, hati tak cekal, hati tak tabah.....tak usahlah menempah sesuatu yang kita rasa mustahil untuk menempuhinya.....Kalau tidak ada kesusahan, kalau tidak ada kesakitan, kalau tidak ada kepahitan....apakah itu dinamakan kehidupan??Tidakkah ada peluang untuk aku merasainya?Tidakkah ada peluang untuk merasai kepahitan,kesusahan dan kesakitan?Yakin pada diri sendiri adalah yang terbaik...Kalau diri sendiri pun tidak yakin, adakah orang lain akan baik hati untuk merasa yakin bagi pihak kita??Tidak ada kan?

Hati takkan mampu menipu kita....mulut kata tidak tetapi hati??Siapa lagi yang tahu kalau tidak diri kita sendiri....Mereka yang mempersoalkan itu......takkan pernah merasa apa yang hati kita rasa......mereka hanya tahu mempersoalkan...tidak pernah sesekali mereka bertanyakan pada kita tentang hati dan perasaan kita.....tidak pernah sesekali mereka berniat mahu membantu ataupun memberi kata-kata semangat....ataupun nasihat.....Adilkah?Jangan terlalu berkata-kata pada sesuatu yang kita tidak tahu...takut nanti terkena pada diri ataupun saudara-mara ataupun adik beradik....ataupun anak-anak.......

Khamis, 10 November 2011

Saya akan sentiasa disisi awak....

Terlalu sukar mengungkap cinta.....lebih-lebih lagi bila cinta itu tidak direstui pelbagai pihak......teramat perit bila dipaksa melupakan insan yang kita sayangi.....tetapi, mampukah kita lakukannya??atau perlukah kita berpura-pura seolah-olah kita sudah pun berjaya melupakannya??terlalu kejam jika kita bersikap sedemikian.....kejam pada diri sendiri dan kejam pada dia........tidak salah jika kita mempertahankan cinta kita....tetapi harus pada jalan yang betul...harus dilakukan pada jalan yang benar....tapi, semua tu dipandang remeh pada mata orang lain....malah kita lagi dikutuk dengan hebat......memperlekehkan setiap perbuatan kita.....

Isnin, 7 November 2011

Selamat sampai di Jengka.......my hometown

Alhamdulillah....sampai jugak kami......dalam pukul 9 td sampai kat rumah......perjalanan lancar.....semuanya dengan kehendak Dia......dan tak perlu guna gps......hehe.....sebelum balik tadi, sempat la singgah rumah adik beradik ayah aku yang lain.....kebanyakannya menetap kat area sana je pun....itu sudah baguuussss......hehe......

Last sekali jumpa adik ayah aku yang paling bongsu....first time kot aku jumpa dia.....dia pun tak kenal aku....hehe....dia keje kat sekolah....jadik pengawal keselamatan...so,kiteorang jumpa kat sana jela.....sempat la melawat kawasan sekolah tu.....teringat pulak zaman kanak-kanak riang dulu...yang datang sekolah tahunya nak main dengan kengkawan je....jumpa geng la katakan......hehe.......

Ni ler rupa kanak-kanak riang yang ikut sekali tadi....a.k.a sepupu aku ni.....kecik2 lagi haaaa.....senang nak layan....kalau yang dah besar2 tu aku dengan serta merta akan berubah perwatakan....tetiba jadik pemalu gitu.....hahaha.......


Sempat la aku join sekali.....muka pun dah tak boleh nak tahan....panas pulak tu......hehe.....bebudak ni je yang pandai main tengah2 panas.....

Okeh budak2......semoga kita jumpa lagi.....ehh,lupa nak kenalkan...yang lelaki tu namanya haziq...yang pakai baju pink tu atirah dan yang kecik tu aqilah........pening gak la aku nak melayan dieorang....tapi takpe, sekurang2nya aku tak bosan....ada geng........budak kecik pun budak kecik laaaa........huhu

Tersesat malu bertanya........hehe

Sungguh indah pagi ni bila sampai ke tempat yang ingin di tuju.....hahaha....ayat tak boleh blah.....sekarang aku kat Taman Bukit Katil, Melaka.....rumah pakcik belah ayah aku........aku memulakan perjalanan selepas zohor semalam......sampai sini dalam kul 8 malam tadi......lama tak??ikut jalan dalam......xmo ikut highway.....sebab jauh kot......takkan la nak masuk KL semula kot.....huhu

Perjalanan semalam betul2 mencabar.....ewahh.....macam masuk hutan la pulak......hehe......jalan punya jalan....punya jalan.....sampai jumpa bermacam2 jenis traffic light kot dan bermacam2 jenis jalan......tak sampai2 jugak.....padahal guna gps kot.....haha.....sorang kata ikut belah sana....sorang kata ikut belah sini......aku???diam sudaaaa......hehe

Ni ler rupa gps.....ayah aku punya.....maklumla......kereta baru......hehe.......yg 'si gps' ni pulak, memekak je.....asyik2 'laluan alternatif'........adoyaiiii......hahaha....sabo je la........Last2, pakcik aku gak kena g ambil kiteorang......hehe.......akhirnya, sampai jugak rumah dia.....

Tragis kan???hehehe

Jap lagi nak g rumah makcik aku lak....pastu nak g mana ekk??

Sabtu, 5 November 2011

Selamat sampai ke kampungku....

Alhamdulillah.....aku selamat sampai ke kampung aku pada pukul 12.30 td......jalan jem dari tol gombak hingga la ke bentong....perkara biasa da tu.....yang penting aku da sampai kampung aku.....walaupun aku terlepas masa nak suruh abg drebar tu berenti kat Jengka 20.....hehe......terpaksa terus ke Jengka 16.....dan sekaligus aku telah sengaja menyusahkan abang aku untuk ambil aku kat Jengka 16.....alaaa,bukan jauh pun....dekat je...kalau nak jalan kaki tu memang la sampai tapi berpeluh-peluh gak la kan.....hehe

Sampai je kat umah...salam mak ayah pastu terus makan...lapar sangat2 dah tu......sampai lupa nak ajak dieorang makan sekali.....haha....tak senonoh punya anak.....hehe....lagipun demam da baik.....da boleh makan dengan lajunya......hahaha

Okeh....da kenyang...hati pun suka......masa untuk tido.....petang sikit nak memasak untuk raya esok.....gud nite everybody......waaaaa...ngantuk sangat da ni.....huhu

Jumaat, 4 November 2011

Bila aku demam......

Dari malam tadi aku dah rasa lain macam.....rasa cam nak demam laa.....tapi pagi tetap g kerja.....semangat la kononnya......alih-alih tak sampai tengah hari pun aku da tak tahan.....terpaksa la mintak kebenaran dengan bos nak balik......nasib baik bos aku baik hati.....agaknya dia terkejut kot sebab aku dengan tiba-tiba 'termenangis' depan dia....adoiiii....malu lak rasanya......hehe......aku memang camni pun...bila demam je secara automatiknya aku akan jadik sedih......sedih tahap melampau......haha......Kena lak esok nak balik kampung......sekarang da rasa cam okey sikit la.....walaupun badan still panas....tapi tak la seteruk siang td.....

Bab makan lak....yang ni pun aku konpius....dari dulu lagi......pasal apa??sebabnya aku makin berselera makan....baru pas makan nasik goreng dengan air milo...tu pun tak cukup...masih terasa lapar....haha....tak boleh nak kata apa laa....apa yang ada aku makan jela nanti.........


Tengok ni.....aku minum air susu.....sedap la plak.....time2 camni la nak minum air berkhasiat camni.....hehehe....dan benda wajib yang aku kena makan untuk menghilangkan demam ni......
Panadol la.....adoi....lagi 2 bijik ni nak makan jap lagi.....pasti akan mengambil masa 15 minit untuk telan 2 bijik ubat ni......bukan takut ubat tapi ubat ni tak sedap.....huhuhu....pas makan ubat ni nak tido.....esok nak balik kampung....kena sihat pagi esok......huhu.....

Isnin, 31 Oktober 2011

Semakin hari semakin cepat waktu berlalu......

Hari ni hari last dlm bulan 10 tahun 2011......kita semua tahu...kita xkan kembali ke tarikh ni lagi...apa yang berlalu, biarkan ia berlalu....apa yang pahit,dijadikan manis....apa yang manis, dimaniskan lagi.......yg berdendam,leraikan lah....takkan kemana pun dendam tu....yang sakit hati, sejukkan hati.......

Begitu juga dengan aku....aku takkan terkecuali daripada semua ni....ini lah yang dinamakan kehidupan.....sering berputar2.....sekejap diatas dan sekejap dibawah......kadang-kadang suka dan kadang-kadang duka.....apa yang aku tahu, umur aku pun akan bertukar nombor setiap hari......bukan semakin muda tetapi semakin tua.....

Kadang-kadang terasa sia-sia apa yang aku buat selama ni.....dengan kisah 'dia' yang telah pun hilang dari hidup aku......supaya aku mendapat yang lebih baik.....mungkin la......andaian je...hehe....mungkin aku akan keseorangan....tiada siapa yang tahu kan.......bukan la berputus asa.....tapi, tidak mengharap pada yang 1 itu.....

Masa itu emas kan??so, gunakan lah masa yang ada sebaik-baiknya....buat je apa yang korang rasa nak buat asalkan korang tak menyusahkan orang lain mahupun menggunakan duit orang lain....so, dieorang tak boleh la nak menyibuk2 lagi.......hehe

Khamis, 27 Oktober 2011

Jangan terlalu cepat melatah.......

Jangan terlalu cepat melatah.....jangan terlalu cepat marah....jika mereka berkata yang bukan-bukan pasal kita.....mereka tak tahu apa yang berlaku....dan mereka tak merasa apa yang berlaku pada kita......aku rasa mereka tak perlu tahu apa-apa pasal kita....sebabnya : kenapa kita mesti bagitahu mereka pasal kita??mereka perlu tahu ke pasal kita?Pada aku, aku takkan salahkan pada mereka yang berkata-kata tu kerana mereka berhak untuk berkata-kata......apa yang perlu kita buat, kita dengar apa yang mereka cakap......terima je....tak perlu marah sebab mereka tak tahu cerita sebenar......

Tetapi, untuk yang suka bercakap tu.....jangan suka cakap je.....kalau tak tahu, buat cara tak tahu....kalau nak tahu, tanya pada empunya diri....mungkin empunya diri tu akan jawab...ataupun tidak......bagi aku, tak semua perlu tahu kisah kita....sama ada kisah silam atau kisah sekarang.......ataupun perancangan kita di masa hadapan......tunggu je hasilnya......kalau rasa nak tahu, ikutilah perkembangannya....jangan sampai di cop suka jaga tepi kain orang sudah la ye........

Jumaat, 21 Oktober 2011

~~Bila cinta~~

Bila cinta kini...........
Tak lagi bermakna...........
Yang ku rasa kini...........
Hanyalah nestapa...........
Di tinggalkan cinta masa lalu.........

Dulu kau tawarkan..........
Manisnya janjimu..........
Dan ku sambut itu............
Dengan segenap hatiku.............
Bila engkau pergi.............
Tinggalkan ku..............

Hilangnya cintamu.............
Menusuk hatiku.............
Hingga ku memilih...........
Cinta yang fana............

Perginya dirimu............
Merobek jantungku...............
Hingga ku terjatuh...........
Dalam harapan...........

Hilangnya cintamu............
Menusuk hatiku..............
Hingga ku terjatuh.............
Dalam harapan...........
Dalam harapan...........

Khamis, 20 Oktober 2011

No Title.......

Kasih....
Apakah kau tidak tahu....
Betapa aku merindukanmu.......
Betapa aku ingin menginginkanmu.....

Kasih.....
Masihkah kau tidak tahu.....
Membaca hati dan perasaanku......
Yang inginkan kau disampingku.......

Kasih.....
Jiwa ini terlalu sakit menyimpan segala perasaan.....
Perasaan yang bila diluahkan......
Pasti akan melukakan perasaan......
Lalu ku pendam ia sendirian.......

Kasih.......
Biarlah aku sakit begini.......
Asalkan engkau bahagia hari ini......
Esok dan selamanya......


Sekali ia hancur berkecai, pasti dapat disambung semula.....tetapi, manakan sama dengan yang asal...yang lebih indah...tanpa sebarang calar......hati yang terluka, bukan semudah itu untuk dipulihkan.....dan bukan semudah itu untuk dihiasi semula dengan cinta dan kasih sayang........

Rabu, 19 Oktober 2011

Sekelip mata kau berubah

Hari ni genap 3bulan 14hari.......kenapa kau berubah???.....sejak ada 'dia',semuanya berubah....kau bukan macam dulu lagi....jauh berbeza....kadangkala datang marah kau.....orang lain yang kena tempias......memang best pun kalau kena  marah tanpa sebab....kau pernah rasa ke?nak rasa tak?mesti kau tak nak kan???aku tahu.....takde siapa pun nak kena marah tanpa sebab.....kau begitu innocent.....hahaha

Aku dan geng2 aku memang tak puas hati ngan kau......tapi kiteorang nak tengok kau samaada kau dapat membezakan antara kaca dan permata......permata itu kau tatang bagai minyak yang penuh...sedangkan kau tak tahu, kaca itu lah yang lebih bermakna....yang lebih banyak berkorban untuk kau......

Huh.....aku nak cakap lebih-lebih pun buat sakit hati je.......kesimpulannya, pasni aku buat tak tahu jela dengan kau.....lantak kau la nak marah sorang2....nak angin sorang2.....ada aku kesahhh????hehehe

Isnin, 17 Oktober 2011

Bila rasaku ini adalah rasamu

Kadangkala....
Apa yang berlaku tak seiring dengan apa yang kita inginkan.....
Jauh tersasar dari keinginan.....
Tanpa kita harapkan......

Kadangkala....
Mereka tidak mengerti......
Apa yang kita rasa......
Apa yang kita alami......

Mereka tidak pernah merasa......
Apa yang kita merasa.....
Mereka hanya tahu.....
Memberi hukuman tanpa mengetahui kebenaran........

Sedangkan mereka tidak tahu......
Kebenaran itu jauh lebih manis......
Daripada apa yang mereka sangkakan.....
Dan daripada apa yang mereka anggapkan.......

Sabtu, 15 Oktober 2011

Makan bersuap

Ni bukan makan orang tolong suapkan ye......aku rasa dunia pun dah lali dengan makan bersuap ni.......satu pihak sanggup menyuap satu pihak yang lain semata-mata nak tutup kesalahan sendiri.....ataupun untuk menjadikan sesuatu kerja tu menjadi lebih mudah.....aku memang tak pernah mengalami perkara ni...tapi aku tahu perkara ni akan sentiasa berlaku......walaupun dah terlalu banyak hukuman untuk orang macam ni.......

Aku rasa....semua orang akan tahu...perkara ni takkan kekal selamat buat selama-lamanya.....dunia ini sentiasa berputar....sekejap di atas dan sekejap di bawah.....ada masa kita menang dan ada masa kita kalah.....jadi, kenapa perlu mengambil risiko yang tinggi ni?

Khamis, 13 Oktober 2011

Jalan itu...........



Jalan itu masih panjang.......
Bermakna perjalanan hidupku jua masih panjang.......
Masih ada dan masih banyak halangan di hadapan.....
Yang tidak aku ketahui.........


Jalan itu masih berliku-liku......
Yang belum aku temui ratanya......
Jalan itu masih berbengkang bengkok.......
Yang belum aku temui lurusnya.......


Aku tidak tahu.......
Apakah jalan hidupku sentiasa lurus.......
Tiada halangan ataupun penuh dengan duri.........
Yang memungkinkan kekalahan di pertengahan perjalananku......


Tiada apa yang ku harapkan......
Hanya lah pimpinan tangan dari insan yang aku percayai.......
Pimpinan hati dan jiwa dari insan yang mampu seiring sejalan.......
Bergandingan bahu meneruskan hidup bersama aku......

Isnin, 10 Oktober 2011

~~Memaafkan itu indah~~

Alhamdulillah...setelah sekian lama...baru hari ni aku mampu memaafkan 'dia'.....atas segala-galanya....tanpa apa-apa yang tertinggal.....dan aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan 'dia'.......semoga hidup aku akan lebih aman dan damai.......dan ianya membuatkan aku lebih bahagia.......




"Ikhlas dalam memaafkan adalah kau telah sepenuhnya memberikan senyum kepada lawan yang telah menyayat masa lalumu, dan kemudian merangkulnya kembali sebagai kawan baikmu."


Mampukah aku tersenyum??

Aku sering mengingatkan diri aku sendiri......sentiasa ikhlas dalam memberikan senyuman.....sentiasa mengawal emosi dengan senyuman....sentiasa mengawal ketidakpuashatian dengan senyuman.....tetapi, mampukah emosi aku ni membuatkan aku tersenyum dan mampukah ketidakpuashatian aku juga membuatkan aku tersenyum??satu senyuman ikhlas........



Pernahkah kita terfikir...bagaimana hati kita yang kecil ini, ditugaskan menyimpan segala perasaan.....suka,duka,marah,dendam,benci,redha.....dan bermacam perasaan.......sebab itu lah, Allah memberikan kita akal.....untuk berfikir bagaimana caranya mengendalikan segala perasaan tu.......tapi, adakah aku menggunakan akal yang diberikan sebaik-baiknya??hanya aku dan Dia yang tahu.......

***********************************************************************************

~~Bukan mustahil hati kita yang sekecil ini mampu menyimpan segala perasaan~~

Kerana Allah sentiasa ada bersama-sama dengan hamba-hamba-Nya.....

Khamis, 6 Oktober 2011

Kerana dia manusia biasa

Kisah ini aku copy n paste je......dari email lama aku tahun 2009....Aku paparkan untuk bacaan korang....boleh dijadikan pengajaran......satu kisah yang sangat menyentuh perasaan aku....Selamat membaca!!!!


Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat.. .... baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga...... Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga......Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ......

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan  pertanyaan yang sama. Kenapa kamu
memilih dia sebagai suami/isterimu?Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana
Allah hinggalah jawaban duniawi.......

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka
hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.



Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.


Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. ..!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu
(benar-benar sibuk).


Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya.Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.


Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual....hanya kami berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.


"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.


"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya.Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4,saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. ........

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu.......

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ************
Kepada Yth .........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ...untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buatmasa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu, aaya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya.Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********  ************



Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran'yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum
tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"

"Kerana dia manusia biasa....... " Dia menjawab mantap. "Dia sedar  bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada, betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah
terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang
ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam




(kerana dia  manusia biasa.....dia tahu keupayaannya.....dia tahu apa yang dia mampu dan apa yang dia tidak mampu....aku tahu dia akan berusaha.....aku tak perlukan kata-kata dan janji-janji manis darinya....kerana aku tahu keikhlasan hatinya   ~~hanya untuk mu~~.......)

Isnin, 3 Oktober 2011

KaSih SaYaNg



Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?  


Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas. 


Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.  


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?  


Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maksaya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


 Sumber dari Google

Jangan Mencari Terlalu Sempurna

Jika kamu memancing ikan.......Setelah ikan itu terlekat di mata kail......
Hendaklah kamu mengambil ikan itu......
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu
sahaja.......                     
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya......
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih
hidup......    

Begitulah juga......

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ......
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu......
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya......
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja......
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu.......
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati
kamu......     

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada......
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu
teguh......                   
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja......
Kerana apabila ia mulai RETAK ....tidak sukar untuk kamu menampal dan
memperbaikinya semula...... 
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja......

Begitulah juga......

Jika kamu sedang memiliki seseorang.... TERIMALAH dia seadanya......
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu
istimewa......               
Anggaplah dia manusia biasa......
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN .... tidaklah sukar untuk kamu
MEMAAFKANNYA dan       
MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana
kamu merasa terlalu     
kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja......

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi.......
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu......
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ......
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain......
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ......
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh
menikmatinya lagi......           
Kamu akan MENYESAL ......

Begitulah juga......

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ......
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu......
MENYAYANGIMU .... MENGASIHIMU ....dan MENCINTAIMU ....
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain......
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ......
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia
menjadi milik orang   
lain......
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi......


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia
bukanlah faktor utama       
KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh m ema afkan
KESILAPAN orang yang kita 
sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta
BERSYUKUR dengan apa yang   
kita sudah MILIKI ...kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA
...itu lebih BERMAKNA !       


"Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan
berganti, namun yang 
berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang"

Jumaat, 30 September 2011

Boleh dilakukan disaat keboringan...tp memerlukan kekreativan yg melampau.....hehe









Amacam......ada boleh kaa???hehe.....

Saya nak cakap sesuatu kat awak......saya harap awak tak marah

1- erm,nk ckp cket neh kat awak.. bce NO 5
2- Mmmm..cmne ek nk ckp? Bce je la NO 8
3- nk taw ekh?erm,bce NO 9
4- huh,drpd pning bek bce jap NO 15
5- cmne ek nk ckp.. NO 17 je k..
6- kite nk ckp skg tp lbh bek bce NO 16
7- kite akn ckp tp bce dlu NO 2
8- yg kite nk ckp neh simple jek..tp bce dlu NO 4 k?
9- tak payah la b'debar2 cm2..cme bce jap NO 18
10- Blom lg la..bce NO 19 ye..
11- da pnt ekh? Bce jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp klu….(ah bce no 3 la)
13- tgl cket jek lg bce NO 20
14- argh,pnt neh..bce NO 1
15- adush,dah pning dh ni.. bce la NO 6
16- lorh,msh ta phm lg kew? Bce NO 12
17- ades,nk ckp neh..bce NO 7
18- kite taktau klu awk phm..tlg bce NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nt awk akn taw..
20- oke2,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 jek k


Jangan tension-tension okeh......hehe
 

Jom membaca!!!!

Cuba teka......bangunan apa ni??yang penting bukan rumah atau pejabat.....ataupun pusat gym atau pusat karaoke....bukan....bukan...bukan......ini adalah perpustakaan awam kat negeri Selangor.....kat Seksyen 13, Shah Alam.......pergghhh...hebat kan???Dari info yang aku dapat, perpustakaan tu bernilai RM70 juta.......jom layan gambar-gambar kat bawah ni....baru tahu berbaloi ke tak dengan 70juta tu.......










Info tambahan:
- Perpustakaan ini merupakan hadiah Sultan Selangor kepada rakyat Selangor.
- Menyediakan perkhidmatan XD theater / 6D theater.
- Menyediakan ruangan khas untuk setiap peringkat umur.
- Dilengkapi dengan ruangan bermain untuk kanak-kanak.
- Semua komputer yang disediakan di perpustakaan ini berjenama Apple.


Amacam....best kan??aku suka.....kena jadi ahli la nampaknya......hehe.....

Khamis, 29 September 2011

Aku kah cinta mu?

Cinta.....

Bila kau tiada....
Aku resah.....
Bila kau ada....
Mengapa menyakitkan.......

Cinta.....

Jujurkah engkau....
Hadir dalam hidup ini.....
Sedangkan aku tak pasti.....
Engkau kah cinta itu.......

Cinta......

Aku kah cinta mu....
Aku kah kasihmu....
Aku kah sayangmu....
Aku kah rindu mu......

Cinta.....

Berikan kepastian....
Walaupun hanya sekali......
Agar tiada lagi kesakitan.....
Dalam cinta kita......

Rabu, 28 September 2011

Sedih di waktu open house.....

Aku baru balik dari open house company aku.....sepatutnya semua orang happy....dapat makan free...boleh bersembang2.....menyanyi2...tapi aku???tetiba aku takde mood untuk semua tu.....tak tahu la pasal apa....apa la yang aku duk fikirkan ekk....sedih....datang pada masa yang sama.....orang duk bergelak ketawa, aku lak macam takde perasaan....huhu...ada la jugak aku gelak sikit2....hehe....

Hmmm...tapi takpe.....semua tu bisa diurus....petang ni pulak aku ada sesi berkaraoke dengan group aku.....harap-harap aku boleh happy laaa.....hehe






Dan, aku ambil bunga ni dari tempat open house td.....orang hotel tu kata boleh ambil, aku tibai jela.....bukan aku sorang je okeh......hehe

Bila orang mula 'prihatin' tentang kita......

'Prihatin' yang aku maksudkan ni bukan la prihatin yang tolong-tolong orang gitu.....tapi 'prihatin' yang aku maksudkan ni adalah orang yang suka menyibuk pasal orang lain.....agaknya dia dah takde kerja lain kot....sibuk-sibuk nak bercerita pasal orang lain...nak ambil tahu pasal orang lain.....okey la....bagi aku, takde masalah pun kalau nk ambil tahu, tapi tak perlu menjaja cerita sana sini......agaknya orang yang bercerita tu sangat sempurna dimata insan lain.....Sedangkan dalam diam, dia lagi teruk dari kita.....apa cer???

Aku bukan la nak cerita pasal siapa pun.....siapa rasa dia adalah orang yang tersangat 'prihatin' tu, ingat lah...kalau korang tengok orang lain, orang lain pun tengok korang gak......bagi aku, kalau aku tak kacau korang, korang jangan kacau aku.......tu je....simple kan??Kalau rasa nak nasihatkan orang, boleh je....tapi cakap tu biar la terus terang dan ada fakta...kenapa korang nak nasihat orang lain....sebab apa....jangan beria-ria nasihat orang lain, sedangkan sendiri pun buat macam tu....tak adil kan??

Tepuk dada, tanya pada hati.....kalau hati benar-benar ikhlas, buat dengan ikhlas....jangan kerana nak menutup aib sendiri, dijaja cerita pasal orang lain.......

Khamis, 22 September 2011

Cahaya Hati

Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu


Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala


Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi


Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala


Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu


Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah


**Penyanyi : Opick - Cahaya Hati
**Nak taw, sila layari youtube........

Koleksi handphone aku......

Macam banyak je hp kan??hehehe.....takde la banyak sangat pun....satu je pun...yang ada tu cuma kotak-kotak je.......terlupa nak buang.....tersimpan lak kat rumah.....hehe......


Hehe...ni la hp first yang aku beli menggunakan gaji aku......hp murah jekkk....tapi, ternganga gak la masa nak membayar......huhu......


Lama gak aku guna hp tuh......Lepas tu, upgrade sikit la kan.....aku guna hp ni lak.....samsung touch screen gitu.....nak berlagak la kononnya kan.....amek kau......akibat bengang guna hp gitu, tak sampai sebulan aku beli hp lain lak......tapi, kena tipu la plak.....sedih tul....masa tu nak menyesal da tak guna da pun.....then, terpaksa la aku beli hp gini....huhuhu


Woooo....jangan main-main ngan hp ni.....terbaik tu....sound pecah telinga tu....sim dual lagi taw.....radio dia memang best....pakai antena tu....hikhik....tak kesah.....asal ada memori kad okeh......hehe......

Then, aku beli lain lepas aku putus dengan ex bf aku....bukan sebab berkecai okeh.....tapikan, hp ni kira tahan gak laa....kena baling kat dinding pun still okey......terbaeeekkkk!!!!...hahaha......

Agak-agak, aku guna hp apa sekarang??hmmmm....biar lah rahsia.....hehe.......mak aku sampai membebel la sebab anak dia ni suka sangat membazir......jangan risau mak.....anak mu ini dah insaf dari berbelanja boros......hehehe

Rabu, 21 September 2011

Kenangan lama ku......

Malam tadi aku tetiba rajin......kemas-kemas baju......aku nampak kotak.....byk kotak plak tu.....nampak sangat dah lama tak berkemas......hehe......aku bukak kotak tu.....smpai lupa la apa yang ada dalam kotak tu.....hehe......bukak punya bukak......jeng...jeng...jeng.......

Sekali aku punya tiket wayang tahun 2010 daaaaa......masa tu ngan ex bf aku.....hehe.....camne la masih ada dalam simpanan aku........aku susun punya susun.......ni la hasilnya.....banyak wooooo.......ce kirakan untuk aku....agak-agak berapa banyak dah habis kat situ.....tu belum masuk duit popcorn ngan air......hehe.....baru sekarang terasa membazir.....masa bercinta semuanya indah.....duit melayang pun takpe.....sebab aku sayang kau......haha.....

Sekarang baru nak menyesal dah takde guna pun.....halalkan sudaaaa......perkara dah lepas.....cuma boleh dijadikan pengajaran je laaa......


**Sekarang aku da tak simpan tiket wayang lagi......hehe  ^__^

Selasa, 20 September 2011

Usah diseksa jiwa ku sebegini......

Aku dah tak tahan lagi kalau macam ni la akibatnya.....ni semua mak aku punya pasal.....kalau dia tak sebut, aku takkan jadik camni sampai ke hari ini.....hari ni pun dia sebut lagi.....pergghhh, mak aku memang mampu membuat aku hidup tak tenteram.......





Takde apa yang perlu dirisaukan.....Aku cuma teringin makan ni haaaa.......Lempeng buatan mak aku jekkk (alasan paling kukuh bagi orang yang malas nk buat sendiri)......hehehe

Sumber dari Google
Tapi yang kosong punya laaa...tepung semata-mata.....xmau pisang atau kelapa.........(jangan nak banyak songeh okeh).......

Dicicah pulak dengan...................pergghhhh........

Sumber dari Google

Nak buat sendiri ke???Aku pandai makan jekkk......tp lagi berselera kalau orang lain yang buatkan......hahaha........
Takpe, macam ni la hidup sebatang kara di perantauan.......semua nk kena buat sendiri....hehe......tapi, aku ada kakak kat sini...mintak khidmat dia pun okey gak......hahaha......pemaleh betul la.......

Isnin, 19 September 2011

Semakin aku lari, semakin kau mendekat

Benar kata orang,
Semakin kita ingin pergi,
Semakin dia datang mendekat,
Tanpa sebarang kecurigaan di hati.....


Lantas,
Apa yang harus dilakukan,
Tanpa diekori,
Cinta dan kasih sayang darinya......


Adakah diri ini,
Bersedia menghadapi segala kemungkinan,
Yang kadang terpikir,
Untuk mengakhiri kisah ini.........

Ingin diluahkan,
Namun hati tiada berdaya,
Kerna cinta masih ada,
Untuk dirinya........


Kini,
Diri ini bagaikan pungguk rindukan bulan,
Saat dia mendiamkan diri,
Terasa dunia kelam seketika.......

SUE_11

Jangan diucap selamat tinggal

Jangan pernah,

Kau ucapkan selamat tinggal,

Kau pun tahu,

Betapa aku menyayangimu.........

Kau dan aku,

Terlalu banyak kenangan,

Yang tak mungkin,

Dapat aku lupakan..........

Hanya mati,

Yang bisa memisahkan kita,

Kerna cintaku,

Begitu tulus untukmu..........

Rabu, 7 September 2011

Jangan mencipta janji andai tak mampu tunaikannya

Janji??Satu perkataan yang pendek...hanya menggunakan 5 huruf je.....tapi maksudnya sangat mendalam.....berjanji dengan kawan2...berjanji dengan saudara mara...berjanji dengan kekasih hati....berjanji dengan Allah.....tapi, terlupa untuk menunaikan janji....sehinggakan mereka yang menuntut janji daripada kita.....bila perjanjian sudah dibuat, seelok-eloknya tunaikan la...ia pasti akan menghampakan orang kalau janji sudah dibuat, tapi tak ditunaikan....seolah-olah kita terlalu memberi harapan yang tinggi pada orang lain.....

Mungkir janji tu kan termasuk dalam kategori ciri-ciri orang munafik.....takkan la sanggup tergolong dalam golongan tu kan kot.....menunaikan janji tu adalah tanggungjawab kita......Islam pun mengganggap janji tu sebagai satu perkara yang besar......Andai kata kita tak pasti akan sesuatu hal, jangan lah terlalu cepat memberi kata putus ataupun berjanji....

Yelah, aku pun tak la mengharap apa-apa pada yang dah berjanji tu....sebab aku tahu, aku akan kecewa akhirnya.....mungkin aku dah biasa dengan keadaan macam ni.....so, aku biarkan saja tanpa menyimpan apa-apa perasaan....hehehe......

Selamat Kembali Miss Sue ^__^

Sumber dari Google

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...akhirnya aku berpeluang lagi untuk menjenguk kembali blog aku yang dah lama terbiar ni....nasib aku baik sebab tak bersarang....hehe.....Sebenarnya, aku ambil masa gak untuk menjenguk blog aku ni....bukan sebab aku sibuk tapi aura menulis tu belum sampai......huhu.....

Cuti raya dah lama habis....terasa masa ni terlalu singkat....sekejap sangat aku rasa...tak puas pun bermanja2 dengan mak...aku bukan anak manja taw....hehe......Walau apa pun, hidup ni mesti diteruskan...aku perlu kembali untuk mencari rezeki dan menjalani kehidupan secara berdikari......

Okey laa....insyaAllah, aku akan selalu melawat blog aku ni haaa....kesian dia...sunyi je....sesunyi hati aku ni.....hahaha.....okeh...adiosss.......

Jumaat, 26 Ogos 2011

Hari yang dinanti tiba jua......

Ohhhh....sudah hari Jumaat.....bermakna hari ni hari terakhir aku bekerja.....aku rasa orang lain pun sama dengan aku kan??Tak sabar nak balik kampung.....mengikut perkiraan aku dan sedikit perbincangan, InsyaAllah, aku akan gerak lepas berbuka puasa.....begitu la nampaknya........mak, tunggu kepulangan anakmu ni ye.......anakmu ini ada kejutan untuk mak.....tapi, jangan terkejut sangat taw......hehehe

Pada mulanya, aku nak balik naik bas jer......aku suka.....hehe.....

Tapi tetiba bertukar fikiran lak.......naik kete lak.....hmmm...tak kisah la naik apa pun....yang penting berhati-hati lah semasa memandu okeh.....yang naik bas tu, best la dapat tido.......sebab tu la aku suka naik bas......hehehe.......

Drive safely okey!!!!yang drive di siang hari tu, jangan tetiba termakan lak....hikhik

Pada yang dah sampai kampung tu, jangan asyik tido jer.....p la tolong mak ayah apa yang patut......berkat tuh......hehe.....okeh.....selamat balik kampung semua.....maaf zahir batin.....dan berhati-hati di jalanraya okeh....tapi belum boleh beraya taw........haha

Khamis, 25 Ogos 2011

Akan ku sempurnakan niatku........

Esok aku da chow balik kg......heh...heh....semangat sungguh....bkn apa, aku tak sabar nak balik kg je.....nak merehatkan kepala otak aku ni haaaa.....serabut benar laaa....huhu.....tapi, dalam pada tu,aku nak lunaskan sesuatu yang terpendam dalam pikiran aku ni haaa.......apa ekk??

Aku nak main menatang ni haaaa.......hahaha.......


Hehehehe......tapi boleh ke ekkkk???nanti pasti akan ada amaran camni.......

okeh......tu jgn main mercun....maknanya meriam boleh main la kan.......kan....kan....hikhik......kalau rasa nak selamat, tak yah ler main menda tu semua......nanti beraya la kat hospital nuuu......hehehe

Takpe lah, senang-senang aku pasang pelita jela......lagi aman kot....memberi kemudahan kepada orang2 yang nak main mercun tu haaa.....hahaha

**main mercun popop laaa...bak kata anak sedara aku, si irfan tu haa....hehe


Ampun maaf zahir dan batin dari Suhada

Pejam celik, pejam celik...lagi 5 hari kita akan menyambut hari raya...maknanya lagi 5 hari la kita akan berpuasa di bulan Ramadhan tahun ni...InsyaAllah, kita akan berjumpa lagi bulan Ramadhan tahun depan.....moga2 ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kita.......

Dah 23tahun aku hidup di bumi Allah ni....masih banyak yang perlu aku pelajari dan hayati....aku umpama kanak-kanak yang masih tercari2 hala tuju kehidupan aku ni.....yang masih perlu belajar dari A sampai Z....yang perlu mengira dari 1 hingga nombor yang terakhir......

Manusia ni hanya lah insan yang kerdil.....manusia ni tak sempurna.....manusia tetap akan melakukan kesilapan walaupun pada pandangannya, sentiasa betul......sentiasa merasakan setiap kata-katanya adalah benar.....sedangkan dia tidak sedar, masih terlalu banyak kesilapan yang telah dilakukan.....dalam sedar dan tak sedar, mungkin dia telah pun menyakiti hati dan perasaan orang lain hanya kerana kata-kata yang keluar dari mulutnya........

Aku akui, aku lah seperti yang tertulis di atas........kadang-kadang aku tak mampu berfikir yang mana betul dan yang mana salah....aku tak  mampu berfikir, setiap kata-kata aku mungkin akan mengguris perasaan orang lain......

Jadi, aku ambil kesempatan ni....untuk memohon maaf pada semua yang mengenali diri aku ni.....InsyaAllah, aku akan perbaiki diri aku.....bukan senang kita nak memulihkan hati orang yang terluka perasaannya.....mungkin dia boleh maafkan kita tapi sakit di dalam, siapa yang tahu kan??Jadi, kalau boleh, latih diri untuk berkata-kata dengan lebih berhati-hati dan berkelakuan dengan lebih baik.......


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN




Rabu, 24 Ogos 2011

Siang dipendam, malam balas dendam........

Bos aku kasik email td....mula-mula aku baca, ehhh, lain macam je ni.....hahaha...tak senonoh punya pemikiran.....okey lah...korang tengok, korang baca ayat kt papan iklan tu.....then korang nilai sendiri okeh.......agak2 korang, ape la korang duk pikir2 kan.......


ewahhh....nak pendam2 bagai pulak di siang hari............
 *
 *
 *
 *
*
*
*
*
*
*

 Hahahaha.......tu diaaaa......melantak sampai tak hengat dunia.........


**hah....pikir apakah itu????

Saya sayang dia...tapi mampukah saya memilikinya??

Jauh disudut hati ni, memang aku sayang pada dia....tetapi mampukah aku memiliki hati dan jasadnya??
Terlalu banyak dugaan hidup yang harus aku lalui.....itu lah yang dikatakan mainan kehidupan.......semua orang inginkan kejujuran dan keikhlasan dari orang yang disayangi......tapi, aku tak mungkin memilikinya........

Bukanlah aku menyerah kalah sebelum berjuang....tapi perlu ke aku berjuang untuk mendapatkan cintanya?Pentingkah untuk kehidupan aku?Aku akui, Allah menciptakan makhluknya secara berpasangan.......tapi, aku tidak perlu terlalu berharap pada yang satu itu...bagi aku, kalau ada jodoh tu, tak kemana.......Ada orang kata, kalau tak cari macam mana nak dapat jodoh kan??ye....memang betul....tapi aku terlalu takut untuk mencari.........bak orang kata, fobia dengan cinta......hahaha...masih ada macam tu kan??

Percaya pada jodoh yang mak ayah kita carikan??hmmmm.....aku tak berani nak huraikan......yang penting mesti ada persefahaman....bagi aku la.....pasti hidup akan bahagia....tapi kalau itu pun aku takutkan, macam mana ekkk??senang-senang xyah kawen ler.....hahaha.......

Okeh......aku xmo nak citer panjang2..........insyaAllah, Allah akan permudahkan segala urusan kita.....pada Dia kita berdoa dan memohon petunjuk.........Allah tahu apa yang terbaik untuk umatnya.......


psssttt: mak, kalau nak carikkan menantu tu, carik la yang kaya-raya gitu.....hahaha....materialistik sungguh.....mintak dijauhkan.......amiiiiiinnnnn