Pages

Rabu, 28 September 2011

Bila orang mula 'prihatin' tentang kita......

'Prihatin' yang aku maksudkan ni bukan la prihatin yang tolong-tolong orang gitu.....tapi 'prihatin' yang aku maksudkan ni adalah orang yang suka menyibuk pasal orang lain.....agaknya dia dah takde kerja lain kot....sibuk-sibuk nak bercerita pasal orang lain...nak ambil tahu pasal orang lain.....okey la....bagi aku, takde masalah pun kalau nk ambil tahu, tapi tak perlu menjaja cerita sana sini......agaknya orang yang bercerita tu sangat sempurna dimata insan lain.....Sedangkan dalam diam, dia lagi teruk dari kita.....apa cer???

Aku bukan la nak cerita pasal siapa pun.....siapa rasa dia adalah orang yang tersangat 'prihatin' tu, ingat lah...kalau korang tengok orang lain, orang lain pun tengok korang gak......bagi aku, kalau aku tak kacau korang, korang jangan kacau aku.......tu je....simple kan??Kalau rasa nak nasihatkan orang, boleh je....tapi cakap tu biar la terus terang dan ada fakta...kenapa korang nak nasihat orang lain....sebab apa....jangan beria-ria nasihat orang lain, sedangkan sendiri pun buat macam tu....tak adil kan??

Tepuk dada, tanya pada hati.....kalau hati benar-benar ikhlas, buat dengan ikhlas....jangan kerana nak menutup aib sendiri, dijaja cerita pasal orang lain.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan