Pages

Khamis, 25 Ogos 2011

Ampun maaf zahir dan batin dari Suhada

Pejam celik, pejam celik...lagi 5 hari kita akan menyambut hari raya...maknanya lagi 5 hari la kita akan berpuasa di bulan Ramadhan tahun ni...InsyaAllah, kita akan berjumpa lagi bulan Ramadhan tahun depan.....moga2 ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kita.......

Dah 23tahun aku hidup di bumi Allah ni....masih banyak yang perlu aku pelajari dan hayati....aku umpama kanak-kanak yang masih tercari2 hala tuju kehidupan aku ni.....yang masih perlu belajar dari A sampai Z....yang perlu mengira dari 1 hingga nombor yang terakhir......

Manusia ni hanya lah insan yang kerdil.....manusia ni tak sempurna.....manusia tetap akan melakukan kesilapan walaupun pada pandangannya, sentiasa betul......sentiasa merasakan setiap kata-katanya adalah benar.....sedangkan dia tidak sedar, masih terlalu banyak kesilapan yang telah dilakukan.....dalam sedar dan tak sedar, mungkin dia telah pun menyakiti hati dan perasaan orang lain hanya kerana kata-kata yang keluar dari mulutnya........

Aku akui, aku lah seperti yang tertulis di atas........kadang-kadang aku tak mampu berfikir yang mana betul dan yang mana salah....aku tak  mampu berfikir, setiap kata-kata aku mungkin akan mengguris perasaan orang lain......

Jadi, aku ambil kesempatan ni....untuk memohon maaf pada semua yang mengenali diri aku ni.....InsyaAllah, aku akan perbaiki diri aku.....bukan senang kita nak memulihkan hati orang yang terluka perasaannya.....mungkin dia boleh maafkan kita tapi sakit di dalam, siapa yang tahu kan??Jadi, kalau boleh, latih diri untuk berkata-kata dengan lebih berhati-hati dan berkelakuan dengan lebih baik.......


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN




Tiada ulasan:

Catat Ulasan