Pages

Selasa, 9 Ogos 2011

wanita berambut pendek....salah ke????

Salah ke??Nak tahu salah ke tak, kita kena selidik la dulu....Aku rasa semua kaum wanita tahu kan...apa hukum wanita yg berambut pendek yg menyerupai lelaki??mesti la hukumnya tidak halal....yelah....elok2 rambut tu panjang, dipotong pendek macam lelaki.....

لعن رسول الله صلى الله عليه و سلم المتشبهات بالرجال من النساء والمتشبهين بالنساء من الرجال
Maksudnya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat wanita yang meyerupai lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita.
Direkod oleh Abu Daud (no: 4099) dan Tirmizi (no: 2784). Dinilai sahih oleh Tirmizi.

Kata Syeikh Uthaimin: Perbuatan wanita memotong rambut sehingga menyerupai lelaki adalah termasuk dalam dosa-dosa besar.

- Hukum ini tidak berbeza antara yang mendedahkan rambutnya d hadapan orang lain, atau tidak mendedahkan rambutnya. Bagi yang mendedahkan rambutnya, dosanya lebih besar kerana membuka aurat.
 
- Adapun memotong rambut yang panjang supaya menjadi lebih pendek, tanpa menyerupai lelaki maka tidak ada larangan daripada syarak. 

Haaa....tapi, kalau kita potong pendek dan xmenyerupai lelaki...tidak mengapa..ianya tak salah....

وكان أزواج النبي صلى الله عليه و سلم يأخذن من رؤوسهن حتى تكون كالوفرة
Maksudnya: Para isteri Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menipiskan sedikit rambut di kepala mereka, sehingga menjadi seperti ‘wafrah’ (iaitu rambut yang tidak melebihi telinga). (Sahih Muslim no: 320).

Rambut aku pun dah pendek dah tp xmenyerupai lelaki taw........paras2 bahu gitu.....hehe....so, aku selamat la....huhu...sesape yg rambut pendek macam lelaki tu, tunggu la rambut tu panjang semula....pastu jgn gatal2 nk potong pendek macam lelaki ekk....

**kaum adam...sape2 yg berambut panjang??itu pun sama hukumnya ngan kaum wanita......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan